CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3770|Reply: 0

[Pulau Pinang] Semua pihak perlu tingkat tahap efisien - Anwar

[Copy link]
Post time 5-5-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Semua pihak perlu tingkat tahap efisien - Anwar

Oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI05 Mei 2024 02:29pm








Anwar bersalaman dengan pengunjung yang hadir ke Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Pulau Pinang.




GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penjawat awam perlu meningkatkan tahap efisien dalam menarik pelabur asing untuk terus berminat dengan negara ini.

Menurutnya, antara fokus utama negara kini adalah dasar yang jelas dan kecepatan kelulusan untuk mencapai kemajuan yang membanggakan.



"Pelabuhan harus efisien, lapangan terbang juga perlu efisien, maknanya penumpang tidak boleh lagi menunggu berjam-jam. Saya beri contoh, kalau dah tunggu dua jam di lapangan terbang di New York, orang tak jadi masalah sebab New York itu dah jadi satu tumpuan besar dunia.

"Tetapi kalau dua jam (tunggu) di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur, orang tidak akan maafkan. Sebab itu saya mengambil keputusan seperti rakan-rakan Jemaah Menteri, mengatakan semua langkah yang perlu diambil dan jangan bagi alasan remeh kerana orang tidak dapat bersabar dengan ketidakcekapan dalam perkhidmatan," katanya.



Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini pada Ahad.

Tambah beliau, tahap kecepatan kelulusan harus lebih baik berikutan masih ada rungutan daripada pelabur berhubung tahap efisien, bukan sahaja di peringkat Kerajaan Pusat malah di peringkat kerajaan negeri.

"Oleh kerana mengiktiraf sumbangan perkhidmatan penjawat awam dan kesediaan mereka menerima pandangan baru, Kerajaan Madani mesti melakukan anjakan. Kita kena 'reform' sedaya upaya kita, 'reform' dalam semua bidang.

"Jika rundingan-rundingan saya dengan kerajaan negeri, peringkat Persekutuan, semua ada alasan. Kami sudah efisien, semua baik, tetapi tak benar kerana saya jumpa dengan pelabur-pelabur luar, mereka kata masih ada (kurang).




"Efisien itu tidak boleh dibanding dengan lima tahun lalu, mesti dibandingkan dengan keupayaan negara-negara lain meluluskan. Vietnam umpamanya, muncul sebagai gergasi di rantau ASEAN dan kekuatannya adalah kecepatan kelulusan dan dalam beberapa aspek, mengalahkan kita," katanya.

Tegas beliau, Malaysia tidak harus kalah dalam aspek efisien kerana beberapa tarikan antaranya tenaga kerja, penguasaan Bahasa Inggeris dan latihan yang lebih baik.

"Disebabkan itu, saya harap, kerajaan-kerajaan negeri memberi kerjasama sepenuhnya dan mengambil langkah-langkah yang perlu, selain memerhatikan kelemahan-kelemahan kita.

"Perhatikan di semua peringkat, Pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau menambah, dengan kekuatan dan kestabilan politik yang ada, Kerajaan kini memfokuskan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.242228 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list