CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8145|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suami isteri raih RM15,000 sebulan jual makan melalui mesin layan diri IPR

[Copy link]
Post time 2-5-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Amin Afifi menunjukkan antara makanan yang dijual kepada penuntut UiTM Cawangan Permatang Pauh menggunakan Mesin Layan Diri IPR di Kafeteria UiTM. - Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang sebelum ini berniaga makanan dari rumah kini meraih pendapatan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan selepas beralih kepada penggunaan mesin layan diri melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Amin Afifi Yaakob, 36, dan isteri, Yufaeza Yussof, 30, mengakui tidak menyangka mesin dibekalkan melalui IPR di bawah kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober tahun lalu, membantu melonjak pendapatan mereka sehingga lima kali ganda berbanding RM2,500 hingga RM3,000 sebulan sebelum ini.

"Saya sebelum ini berniaga pelbagai jenis makanan termasuk kek dari rumah dengan jualan dibuat menerusi laman sosial.

"Apabila mengetahui mengenai IPR menerusi Facebook, saya terus mendaftar sebelum dimaklumkan saya berjaya menyertainya menerusi bantuan mesin layan diri.


"Kami dapat mesin pada September 2023 dan mula berniaga menggunakannya bermula Oktober di kafeteria di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh. Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan," katanya.

Bapa kepada dua anak lelaki berusia tiga dan enam tahun itu berkata, dia bersama isteri menyediakan pelbagai menu pada mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar di situ untuk mendapat makanan yang variasi.

Katanya, makanan disediakan juga mengikut menu terkini dan pilihan pelajar termasuk nasi lemak, ayam goreng Korea, ayam goreng keju, 'chicken cop', spageti, kekacang, tortilla, sandwic dan pelbagai lagi.



Amin Afifi menyusun makanan yang dijual kepada penuntut UiTM Cawangan Permatang Pauh menggunakan Mesin Layan Diri IPR di Kafeteria UiTM. - Foto BERNAMA

"Menu kita sentiasa berubah-ubah mengikut pilihan makanan terkini dan tular, lagi satu saya selalunya bertanya apa yang mereka (pelajar) mahu supaya makanan yang kami sediakan itu memang menjadi pilihan mereka dan saya lebih suka bawakan menu dari restoran makanan segera dengan harga yang berpatutan.

"Nasi lemak dengan lauk telur, nuget dan sosej serta nasi lemak lauk ayam yang dijual dengan harga RM3 dan RM4 adalah menu yang sering habis awal di mesin layan diri itu, malah ia makanan yang diletakkan setiap hari di situ berbanding menu lain yang saya letak secara berselang-seli," katanya.

Amin Afifi yang tinggal di Bukit Minyak di sini berkata setiap hari, dia akan membeli barangan segar untuk memasak sebelum menghantarnya ke mesin layan diri itu pada jam 2 petang dan 10 malam setiap hari supaya makanan sentiasa dalam keadaan segar.

Sebanyak 60 hingga 70 peratus makanan dihantar ke mesin layan diri itu hasil air tangan Amin Afifi dan isteri, manakala selebihnya daripada vendor yang membekalkan makanan seperti burger, roti john dan piza kerana mahu berkongsi rezeki dengan mereka.



Amin Afifi berkata dia dan isterinya, Yufaeza kini mampu memperoleh pendapatan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan dengan berniaga menggunakan mesin layan diri yang dibekalkan di bawah IPR, Kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober lalu. - Foto BERNAMA

"Setiap bulan saya boleh menjual hingga lebih 5,000 kuantiti pelbagai jenis makanan pada harga RM1 hingga RM8," katanya.

IPR dilancarkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Februari tahun lalu bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.

Menerusi inisiatif INSAN, penerima diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya kerajaan selama dua tahun.

Selain INSAN, IPR turut menawarkan kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi serta Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) kepada syarikat swasta yang memerlukan pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... melalui-mesin-layan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056284 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list