CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6881|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gadis hidap tumor hati perlu bantuan

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode

Tan Qiao Qi,18 menghidap tumor hati dan memerlukan kos rawatan sehingga RM550,000 bagi mengubati penyakitnya. FOTO Ihsan One Hope Charity

Bukit Mertajam: Seorang gadis yang disahkan menghidap tumor hati memerlukan bantuan bagi menampung kos rawatan berjumlah kira-kira RM550,000 bagi mengubati penyakitnya.

Tan Qiao Qi, 18, dikesan berdepan dengan penyakit terbabit pada hari pertama dia menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Pengerusi badan kebajikan One Hope Charity and Welfare Datuk Chua Sui Hau berkata, gadis itu mengalami muntah, pucat dan sakit pada beberapa bahagian badannya sehingga dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan doktor mendapati Qiao Qi menghidap penyakit 'Recurrent Embryonal Sarcoma of the Liver' atau tumor hati jarang berlaku).


"Ketika itu, tumor hatinya telah pecah dan memerlukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan darah kotor dan dua pertiga hatinya yang diserang sel-sel kanser.

"Dia dirawat di unit rawatan rapi (ICU) lebih satu bulan sebelum keadaannya kembali pulih.

"Namun, baru-baru ini secara tiba-tiba badannya menjadi kuning sebelum doktor mengesahkan sel tumor menyerang semula," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, gadis itu dirujuk ke sebuah hospital di Alor Setar, Kedah untuk rawatan lanjut.

"Doktor mengesyorkan gadis itu perlu dibedah, namun pembedahan hanya boleh dibuat jika berat badannya seberat 48 kilogram (kg) yang ketika ini hanya 39 kg.

"Oleh kerana sel tumor semakin ganas, dia kemudian dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur, namun memerlukan kos rawatan sangat tinggi.

"Bantuan orang ramai amat diperlukan bagi menampung kos rawatan itu yang mencecah RM550,000 dalam usaha menyelamatkan nyawanya," katanya.

Sui Hau berkata, bapa gadis itu, Tan Chai Hee, 50, hanya berniaga pakaian di pasar malam, manakala ibunya, Ng Sock Ching, 47, menjual pakaian di kedai.

Katanya, pasangan itu juga menanggung anak sulung berusia 23 tahun yang masih belajar di universiti.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut bagi membantu gadis ini boleh menghubungi talian 016-4192192 atau 019-2322192.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hati-perlu-bantuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.274933 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list