CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3946|Reply: 0

[Perlis] KPDN bongkar kandang lembu jadi pusat seleweng diesel

[Copy link]
Post time 2-5-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode
KPDN bongkar kandang lembu jadi pusat seleweng diesel


Oleh Aizat Sharif - Mei 2, 2024 @ 1:39pm [email protected]




Penguat kuasa KPDN Perlis memeriksa bekalan diesel cuba diseleweng sindiket penyeludupan ke Thailand dengan jadikan kandang lembu stor penyeludupan. Foto ihsan KPDN





KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis membongkar sindiket kegiatan penyelewengan diesel ke Thailand bernilai RM82,195.50 selepas menyerbu sebuah stor haram dalam sebuah kandang lembu di Padang Besar semalam.

Dalam serbuan Ops Tiris itu juga, tiga lelaki termasuk dua warga Thailand ditahan kerana cuba menyeludup keluar diesel berkenaan.

Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaapar, berkata serbuan dilakukan pada kira-kira jam 8 pagi hasil risikan dilakukan anggotanya sejak beberapa minggu lalu di kawasan itu.

"Dalam serbuan itu, kita menemui 330 liter diesel disimpan dalam empat tong drum dirampas dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia awal 40-an yang berada di stor itu.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku orang yang bertanggungjawab ke atas stor berkenaan dan ketika serbuan juga, kita menemui dua kenderaan pikap bernombor pendaftaran Thailand yang dipercayai digunakan untuk menyeludup keluar diesel berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua pikap itu dinaiki dua lelaki warganegara Thailand dan pemeriksaan pada pikap itu mendapati ia mempunyai tangki tambahan.

"Kita percaya kedua-dua pemandu berusia 30-an itu pergi ke lokasi terbabit untuk membeli diesel daripada stor berkenaan.

"Lelaki tempatan yang mengaku menjaga stor itu ditahan bagi membantu siasatan selepas gagal menunjukkan dan mengemukakan dokumen yang membenarkannya berurusan dengan barang kawalan iaitu diesel daripada KPDN.

"Selain itu, dua pemandu warga Thailand yang berada di lokasi juga turut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Norazah berkata, pihaknya turut merampas dua pikap yang mempunyai tangki tambahan dan diesel dengan anggaran 40 liter dalam tangki itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Selain itu, siasatan juga boleh dibuat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2011 bagi mana-mana orang yang melakukan kesalahan mengikut AKB 1961.














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.143076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list