CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9544|Reply: 0

[Kelantan] Rugi RM25,000 lembu dipercayai dibaham harimau

[Copy link]
Post time 13-4-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Rugi RM25,000 lembu dipercayai dibaham harimau


Oleh Syaherah Mustafa - April 13, 2024 @ 4:04pm [email protected]




Mokhtar menunjukkan antara lembu miliknya yang mati dipercayai dibaham harimau di Padang Bola Berayam Ladang Terang, Kampung Relak, Kuala Balah - Foto NSTP/IHSAN POLIS





JELI: Seorang penternak lembu kerugian lebih RM25,000 selepas lima lembu miliknya mati dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Relak, Kuala Balah di sini, semalam.

Mokhtar Kassim, 65, berkata dua lembunya ditemui mati di dalam kandang manakala tiga lagi di luar kawasan kandang dalam tempoh tiga hari dengan kesan gigitan di leher.

Katanya, malah dia sendiri terserempak dengan dua harimau berdekatan kawasan ternakannya minggu lalu.

"Malah, saya lihat ada kesan tapak kaki harimau di kawasan sekitar sekali gus menguatkan lagi tanggapan bahawa lembu saya dibaham haiwan itu.

"Sejak lebih 15 tahun saya menternak lembu di sini, ini adalah kali pertama ternakan dibaham harimau dan insiden ini amat membimbangkan kerana ia turut mengancam keselamatan penduduk setempat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia juga membuat laporan polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan.

Mokhtar yang mempunyai hampir 50 lembu ternakan berkata, dia berterima kasih kepada pihak PERHILITAN yang mengambil tindakan segera memasang perangkap dan berharap harimau Itu dapat ditangkap segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob, mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu semalam.

"Laporan terbabit adalah kali pertama dilapor di daerah Jeli pada tahun pada tahun ini, kejadian seumpama pernah direkodkan berlaku di sini sekitar tahun 2002 dan tidak lagi berlaku sehinggalah kejadian terbaru muncul.

"Saya percaya pihak PERHILITAN mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kejadian seperti ini daripada terus berlaku kerana dikhuatiri haiwan buas ini turut mengancam manusia jika tidak dibendung dengan sewajarnya," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055229 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list