CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10735|Reply: 0

[Pahang] Kebakaran hutan tanah gambut di Kuantan dipadam sepenuhnya

[Copy link]
Post time 11-4-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Kebakaran hutan tanah gambut di Kuantan dipadam sepenuhnya


Oleh Mohd Rafi Mamat - April 11, 2024 @ 8:33am [email protected]




Operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut di Inderapura lebih sepuluh hari selesai kelmarin selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Foto MOHD RAFI MAMAT




KUANTAN: Operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut seluas 320 hektar di Inderapura Jalan Kuantan-Pekan, di sini, ditamatkan selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya kelmarin.

Operasi lebih sepuluh hari itu disertai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dan BBP Kuantan dibantu BBP Peramu, Pekan yang ditugaskan untuk memadam dan mengawal api daripada terus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, walaupun operasi pemadaman sudah selesai, namun pasukan keselamatan itu terus membuat pemantauan menyeluruh termasuk menggunakan dron.

Katanya, kebakaran yang bermula di kawasan hutan tanah gambut Jabatan Pertanian yang turut menempatkan projek pertanian Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura seluas 200 hektar merebak ke hutan tanah gambut berhampiran perumahan Inderapura Jaya dianggap terburuk pernah berlaku di daerah ini.

"Kita bersyukur usaha gigih yang dilakukan anggota akhirnya berjaya walaupun berdepan cabaran bertugas pada Ramadan kali ini bagi memadam kebakaran hutan tanah gambut di Inderapura yang menyebabkan keresahan penduduk di kawasan terbabit," katanya, dihubungi di sini.

Mohd Hilmi Kashfi berkata, bagi memastikan kejadian kebakaran tidak terus berulang masyarakat dinasihatkan supaya tidak bertindak melakukan pembakaran secara terbuka ketika cuaca panas.

"Kawasan terbuka, cuaca kering dan angin kencang menyukarkan lagi memadam kebakaran yang berlaku di kawasan hutan tanah gambut di daerah ini.

"Kerjasama masyarakat amat diperlukan supaya tidak sesuka hati membakar sampah kerana ia mengundang kejadian kebakaran besar menyebabkan kemusnahan hutan selain mengundang pencemaran udara," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043287 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list