View: 5219|Reply: 0
|
Acosta tak perlu jalani pembedahan
[Copy link]
|
|
ACOSTA bebas daripada mengalami sindrom arm pump susulan kejayaan menaiki podium GP Portugal dua minggu lalu. – PEDRO ACOSTA
LONDON – Pelumba rookie sensasi, Pedro Acosta tidak akan menjalani pembedahan terhadap sindrom arm pump di bahagian lengannya selepas kembali menampilkan aksi cukup memukau dengan menaiki podium tempat ketiga pada Grand Prix (GP) Portugal dua minggu lalu.
Acosta yang beraksi bersama Red Bull GasGas Tech3 dikhuatiri mengalami masalah tersebut sewaktu GP Qatar awal bulan lalu dan memaksa pasukannya merancang untuk melakukan pemeriksaan lanjut selepas berakhirnya GP Portugal.
Prestasi cemerlang Acosta di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao itu seakan mengesahkan pelumba berusia 19 tahun berkenaan tidak mengalami sindrom arm pump dan bersedia untuk turun menjelang perlumbaan GP Americas di Austin, Amerika Syarikat pada 15 April ini.
Ketua pasukan Tech3, Herve Poncharal mengesahkan, Acosta telah membuktikan dia bebas daripada sebarang masalah dan tidak perlu melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.
“Pedro (Acosta) tidak pergi ke hospital selepas perlumbaan terakhirnya di Portugal. Dia tidak berdepan masalah terutama arm pump dan semua orang boleh melihat keadaannya sewaktu perlumbaan di Portugal,” katanya.
Dalam pada itu, Poncharal mengakui, tidak terkejut dengan potensi pelumba muda Sepanyol tersebut kerana Acosta adalah seorang yang berbakat sejak menyaksikan perlumbaannya di Red Bull Rookie.
“Saya mengikuti perkembangannya di Red Bull Rookie lagi dan dia tunjukkan ketika menjuarai perlumbaan Moto3 di Qatar bermula di pit lane. Ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk muncul juara dunia Moto3 dan kemudiannya menjulang gelaran Moto2.
“Dia seorang pelumba yang bijak dan berpengalaman walaupun masih baharu di sini. Selepas lompat ke MotoGP, banyak perkara dia perlu belajar antaranya tayar, brek, komponen elektronik dan komunikasi bersama juruteknik,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -jalani-pembedahan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|