View: 5768|Reply: 0
|
[Terengganu]
Anjing liar punya penangan
[Copy link]
|
|
MBKT aktifkan skuad tangkapan anjing liar dengan memasang perangkap bertujuan memastikan keselamatan orang ramai. FOTO BAHAROM BAKAR.
Kuala Terengganu: Panik dikejar sekumpulan anjing liar menyebabkan seorang penyelia jururawat cedera teruk akibat terjatuh di Jalan Pejabat, di sini.
Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari Ahad lalu, mangsa berusia 54 tahun sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan parkir selepas selesai menghadiri mesyuarat di Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) Wisma Persekutuan, di sini.
Mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia secara tiba-tiba diserang sekumpulan anjing liar yang muncul berhampiran taman permainan kanak-kanak di kawasan itu.
"Ketika cuba melarikan diri, saya terjatuh ke atas jalan dan sekumpulan anjing liar itu cuba menerkam tubuh saya.
"Mujur beberapa individu yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian bertindak menghalau sekumpulan anjing liar itu," katanya.
Berikutan kejadian itu, penyelia jururawat yang bertugas di Pejabat Kesihatan daerah mengalami cedera di lutut, dagu, gigi dan beberapa bahagian pada badan.
Mangsa kemudian mendapat rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latiff memaklumkan sudah menghantar pegawai dan anggotanya memasang perangkap anjing liar di lokasi kejadian.
Katanya, tindakan pemasangan perangkap dan memburu anjing liar itu dilakukan mengikut Seksyen 81 (B), Akta Kerajaan Tempatan 171.
"Akta itu memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan terhadap anjing terbiar dan liar yang menjadi punca gangguan kepada penduduk setempat," katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) termasuk Rosli didatangi seorang wanita ketika operasi pemasangan perangkap anjing dilakukan.
Wanita berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai badan pertubuhan sukarela itu tidak berpuas hati dengan tindakan MBKT yang melakukan pemasangan perangkap dan memburu anjing liar.
Tinjauan juga turut mendapati terdapat lebih 15 ekor anjing liar berkeliaran di kawasan itu.
Ketika mengulas tindakan wanita itu, Rosli berkata, keselamatan orang ramai diutamakan daripada bantahan wanita itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... liar-punya-penangan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|