View: 3645|Reply: 0
|
[Kelantan]
Memori malam tujuh likur kembali
[Copy link]
|
|
Kakitangan sekolah SK Limau Kasturi 1, ceria meraikan malam tujuh likur di sekolah terbabit, semalam. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Kemanisan memori malam tujuh likur ketika Ramadan dikembalikan apabila lebih 100 pelita dipasang di sekeliling Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, di sini, semalam.
Inisiatif pemasangan pelita dan lampu hiasan di sekitar sekolah itu adalah hasil kerjasama guru-guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
Guru Besar SK Limau Kasturi 1, Noorzilawati Ab Rahim berkata, sambutan malam tujuh likur menjadi acara tahunan sekolah itu untuk meraikan para guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa selain murid sekolah berkenaan.
Katanya, pada tahun ini sambutan lebih meriah apabila mereka bekerjasama memasang lebih 100 pelita selain lampu hiasan untuk menerangi kawasan sekolah.
"Sudah pasti malam ini kita juga kami meraikan murid-murid sekolah ini terutama murid yang tinggal di asrama dan tidak dapat bersama keluarga mereka.
"Program sebegini sedikit sebanyak memberi memori indah kepada anak-anak berkaitan sambutan malam tujuh likur yang sangat meriah suatu masa dulu," katanya malam tadi.
Salah seorang guru, Khairuddin Othman, 35, berkata, aktiviti memasang pelita dan menghias dewan dilakukan dengan kerjasama 30 guru lelaki dan penduduk kampung.
"Aktiviti memasang pelita dan menghias dewan sekolah ini juga secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara kami dan komuniti di sini.
"Semua kerja dilakukan dengan mudah apabila mendapat kerjasama daripada semua pihak. Kami harap program ini dapat diteruskan pada tahun yang akan datang bagi mengeratkan hubungan antara warga kerja di sekolah ini dan komuniti di Kampung Limau Kasturi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tujuh-likur-kembali |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|