CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5400|Reply: 0

[Terengganu] Ayam, daging, telur habis tak sampai sejam

[Copy link]
Post time 3-4-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPPNT) Hasmila Abas, ketika meninjau Program Jualan Agro Madani @ Peladang Outlet Aidilfitri 2024 di Perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: Ayam, telur, beras dan daging habis dijual dalam masa tidak sampai sejam di Program Jualan Agro Madani @ Peladang Outlet Aidilfitri 2024 di Perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, dekat sini, hari ini.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPPNT), Hasmila Abas berkata, pada program itu satu tan metrik ayam dijual dengan harga RM7.60 sekilogram dan 200 papan telur habis dalam masa sejam.

Katanya, 10 ekor lembu turut disembelih yang mana daging dijual dengan harga promosi RM27 dan RM30 sekilogram turut habis dalam masa sejam.

Dalam pada itu 10 metrik tan beras putih tempatan juga disediakan yang dijual dengan harga RM26 dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.


"April ini sebanyak 14 program dijalankan membabitkan 30 usahawan dengan sasaran jualan sebanyak RM100,000 pada musim perayaan Aidilfitri.

"Kita juga menyasarkan 10,000 pengunjung ke lokasi jualan yang menawarkan 30 hingga 50 peratus harga barang lebih murah daripada harga pasaran," katanya ditemui di lokasi program hari ini.

Menurutnya, jualan terus daripada usahawan peladang memberi manfaat kepada pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah.

Sementara itu, pengunjung, Haslina Hassan, 40, berkata, harga yang ditawarkan dalam program Jualan Agro Madani lebih murah daripada harga pasaran, contohnya ayam hanya dijual dengan harga RM7.60 sekilogram berbanding harga di luar melebihi RM10 sekilogram.

"Begitu juga dengan beras putih tempatan boleh diperoleh pada jualan ini kerana sudah lama bekalan beras berkenaan tidak kelihatan di pasar raya mahupun kedai runcit di sekitar daerah ini.

"Alhamdulillah, dapat kurangkan sedikit perbelanjaan terutama dalam kita hendak menyambut Aidilfitri kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah," katanya.

Manakala Roslan Ahmad, 52, berkata tumpuan utama pengguna adalah untuk mendapatkan bekalan barangan seperti ayam, beras, daging dan telur kerana ia keperluan harian.

"Faktor harga dan jumlah barangan yang banyak seperti beras mendorong orang ramai datang berpusu-pusu untuk mendapatkan barangan yang diingini.

"Beras putih tempatan menjadi pilihan ramai kerana ia amat sukar untuk diperoleh di pasaran buat masa ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-tak-sampai-sejam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.040993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list