CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4800|Reply: 0

[Kelantan] Sayang isteri sakit mental sampai syurga

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode

Mohamad Asri (dua dari kanan) menerima sumbangan barangan keperluan makanan daripada Mohamad Afandi (kanan) ketika ditemui di Kampung Padang Mokkan, Peringat, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Seorang buruh dari Kampung Padang Mokkan, Peringat di sini tetap melayan karenah isterinya yang menghidap penyakit mental sedangkan dirinya sendiri bergelut untuk mencari nafkah ekoran penyakit jantung yang dialaminya sejak lapan tahun lalu.

Mohamad Asri Che Tahir, 51, berkata, dia akan tetap setia se­lagi terdaya dan tidak mahu menjadikan kekurangan isterinya, Siti Salwana Othman, 40, sebagai alasan untuk meninggalkan wanita tersebut.

Katanya, Siti Salwana ada masalah mental sejak 20 tahun lalu dan keadaannya semakin membimbangkan kebelakangan ini.

“Sebelum ini saya ada sedikit pendapatan sebagai buruh kampung. Kini saya bersama isteri dan anak berusia 15 tahun hanya mengharapkan ihsan orang ramai untuk hidup.

“Ada dapat upah jika bantu bapa mentua, Othman Ismail, 87, menternak lembu. Jika tiada wang, saya dan anak lelaki akan menjala ikan untuk dijual di sekitar kampung,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamad Asri, iste­rinya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan tetapi mereka memerlukan RM1,000 untuk menampung kos rawatan jantung dan sekolah anaknya.

Tambahnya, makan dan minum mereka sekeluarga ditanggung oleh Othman, manakala rumah usang yang ditinggalkan penduduk sejak 12 tahun lalu menjadi tempat tinggal mereka tiga beranak.

“Kami sekeluarga pernah tiada juadah berbuka puasa. Ketika itu, saya menjala ikan dan menjual hasil tangkapan untuk memperoleh wang RM20 bagi membeli makanan,” ujarnya.

Prihatin dengan nasib Mohamad Asri, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Info Semasa Kubang Kerian yang diketuai Mohamad Afandi Mohamad tampil memberi sumbangan keperluan makanan untuk kegunaan keluarganya.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mohamad Asri di talian 019-263 6732 atau menerusi akaun bank CIMB 7636128635 atas nama Siti Salwana.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ntal-sampai-syurga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.433083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list