CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7381|Reply: 0

MotoGP: Jaga tayar kunci kemenangan Martin

[Copy link]
Post time 26-3-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode

MARTIN muncul juara pada GP Portugal sekali gus muncul pendahulu carta keseluruhan saingan MotoGP. - AFP

PORTIMAO, Portugal – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin menyifatkan pengalaman lalu terutama aspek penjagaan tayar menjadi kunci kejayaan kemenangannya di Grand Prix (GP) Portugal kelmarin.

Martin yang memulakan perlumbaan di barisan hadapan tampil agresif terutama memastikan dia mampu berada di hadapan seawal di selekoh pertama biarpun menerima asakan pelumba Aprilia, Maverick Vinales dan Enea Bastianini dari Ducati.

“Saya sangat berbangga dengan kerja yang kami lakukan hujung minggu ini. Saya tahu bahawa dengan menggunakan komponen tayar medium di bahagian belakang, perasaan saya pada jentera akan lebih baik berbanding hari Sabtu.

“Bermula di petak hadapan perlumbaan adalah penting buat saya kerana ia mampu mengawal keadaan tayar dan tidak terlalu memberikan tekanan pada tayar untuk pusingan awal.

“Bila saya lihat ada jurang dengan pelumba di belakang, dari situ saya hanya perlu menguruskan perlumbaan. Ia seperti di Indonesia, saya mendapat pengajaran yang baik di sana.

“Saya rasa ini perlumbaan paling matang dalam karier saya. Ini adalah trek di mana saya hampir kehilangan segala-galanya kerana pada 2021 dan saya hampir berhenti berlumba apabila mengalami kecederaan.

“Hari ini saya di sini sebagai pemenang dan kemenangan ini memberikan saya banyak keyakinan untuk menghadapi baki musim ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -kemenangan-martin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051600 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list