View: 6486|Reply: 0
|
F1: Sainz kembali pacu Ferrari
[Copy link]
|
|
SAINZ terlepas aksi di Arab Saudi sebelum ini akibat menjalani pembedahan, namun kembali cergas untuk saingan di Melbourne kali ini. - AFP
MELBOURNE – Pemandu Ferrari, Carloz Sainz dijangka kembali beraksi pada Grand Prix (GP) Australia pada hujung minggu ini di Melbourne selepas pulih dari pembedahan apendiks yang dilaluinya sebelum ini.
Ferrari dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pelumbanya akan kembali beraksi pada perlumbaan ketiga musim ini.
“Carloz Sainz dijangka akan kembali dalam perlumbaan pada GP Australia di Melbourne kali ini selepas pembedahan dan proses pemulihan berjalan dengan baik,” kata Ferrari dalam kenyataan tersebut.
Pada perlumbaan pembukaan di GP Bahrain bulan lalu, Sainz berjaya meraih kedudukan tempat ketiga di belakang dua pelumba Red Bull, Max Verstappen dan Sergio Perez.
Sainz kemudiannya terlepas perlumbaan kedua di GP Arab Saudi dan posisinya digantikan dengan pelumba muda berusia 18 tahun, Oliver Bearman.
Bearman yang berjaya meraih tempat ketujuh dalam perlumbaan debutnya di Jeddah akan kembali ke Formula Dua (F2) selepas Sainz kembali beraksi.
Dalam pada itu, Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur, mereka akan mengambil pendekatan agresif untuk memenangi perlumbaan di Melbourne kali ini selepas yakin dengan kemampuan yang dipamerkan oleh jentera mereka.
“Kami jangka mampu meraih keputusan positif di sini. Kami akan memberikan aksi yang sama seperti di Jeddah atau lebih dengan memberikan tekanan kepada pasukan pencabar,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mbali-pacu-ferrari/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|