CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2205|Reply: 1

[Kelantan] 21 kali ubah suai pintu gerbang Masjid Imanul Fa'izin

[Copy link]
Post time 14-3-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

KETELITIAN menjadi keutamaan dalam pembinaan Masjid Imanul Fa'izin hinggakan untuk pintu gerbang sahaja sebanyak 21 kali ubah suai dilakukan bagi mendapatkan reka bentuk yang tepat. FOTO Bernama

Kota Bharu: Ketelitian menjadi keutamaan dalam pembinaan Masjid Imanul Fa'izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini hinggakan untuk pintu gerbang sahaja, sebanyak 21 kali ubah suai dilakukan bagi mendapatkan reka bentuk yang tepat.

Masjid yang tular kerana kecantikan dan keunikan reka bentuknya itu mula dibina pada 2020, inspirasi daripada Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemilik masjid, Ibrahim Mat Sin, 68, berkata, sedari awal beliau amat menitikberatkan reka bentuk setiap binaan kubah, tiang mahupun pintu gerbang masjid agar secara luaran ia menyamai Masjid Sheikh Zayed.

"Sewaktu masjid ini siap dibina ukuran pintu gerbangnya tidak sama, jadi saya minta tukang untuk membaikinya dengan ukuran, had tinggi dan panjang pintu yang tepat mengikut reka bentuk pintu gerbang Masjid Sheikh Zayed.



"Sebab itu tukang untuk pintu pintu gerbang ini terpaksa melakukan banyak kali kerja ketuk dan baiki semula hingga saya puas hati," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ibrahim berkata, bagi memastikan pintu gerbang itu menepati spesifikasi yang ditetapkan, beliau memberikan banyak gambar Masjid Sheikh Zayed kepada tukang untuk mencontohi reka bentuk pintu gerbang serta binaan bahagian lain masjid itu.

"Saya hantar gambar reka bentuk pintu Masjid Sheikh Zayed kepada tukang agar pintu gerbang Masjid Imanul Fa'izin ini hampir sama rekaannya, malah saya bimbing serta pantau perkembangan pembinaannya setiap hari menerusi WhatsApp kerana saya tinggal di Kuala Lumpur," katanya.

Ibrahim yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd berkata, setelah merasakan reka bentuk pintu gerbang tersebut hampir tepat barulah beliau bersedia membuka masjid itu kepada orang ramai.

Menurutnya Masjid Imanul Fa'izin dibuka pada hari pertama Ramadan bagi mengambil keberkatan bulan suci itu sekali gus menamatkan penantian orang ramai yang tertunggu-tunggu pembukaannya.

"Alhamdulillah, apabila dibuka pada hari pertama Ramadan tempoh hari hampir 2,000 jemaah hadir menunaikan solat tarawih pertama di masjid ini," katanya.

Selain pintu gerbang, kehadiran lebih 100 kubah besar dan kecil berwarna putih yang sebahagiannya ditempah khas dan dibeli dari Medan, Indonesia turut mencuri perhatian pengunjung masjid.

"Terdapat lima kubah besar dan lebih 100 kubah kecil yang sebahagianya turut dihasilkan oleh tukang ukir dan pembuat bot fiber dari Besut, Terengganu, manakala ukiran seperti batu nisan pada bahagian bumbung sekeliling masjid ditempah daripada pengukir seni kayu tersohor dari Besut," katanya.

Menurutnya, marmar pada lantai dan dinding masjid pula dibeli dari Turkiye, Mesir dan Oman, manakala karpet seperti corak karpet Raudhah di Masjid Nabawi pula ditempah daripada kilang di Madinah.

Ibrahim berkata, pembinaan masjid itu menelan belanja lebih RM7 juta dan idea pembinaannya tercetus hasil pengalaman beliau menziarahi banyak masjid luar negara termasuk masjid dimiliki Sultan Qabus Oman dan Masjid Biru di Turkiye yang terkenal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asjid-imanul-faizin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 01:58 PM | Show all posts
cantik masjid ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 1.090744 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list