CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3471|Reply: 0

Damok beraksi di ARRC bersama BSH

[Copy link]
Post time 13-3-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK akan beraksi dalam kelas AP 250cc di ARCC.

Kuala Lumpur: Teka-teki masa depan bekas pelumba Moto3 negara di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Syarifuddin Azman terjawab apabila dia disahkan akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Perkara itu diumumkan pasukan Idemitsu Boon Siew Honda (BSH) Racing Team ketika memperkenalkan barisan pelumbanya, yang terdiri dalam pelbagai kelas, musim ini dengan Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok akan beraksi dalam kelas AP 250cc bersama-sama rakan sepasukan, Md Irfan Haykal.

"Walaupun penyertaannya sebelum ini hanya menerusi tiket wildcard, tapi kehadirannya memberi impak besar," kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Pasukan itu turut mengumumkan Md Zaqhwan Zaidi akan sekali lagi diberi kepercayaan beraksi dalam kelas perdana ASB1000 bersama jentera baharu Honda CBR1000RRR 2024.



Pelumba berusia 29 tahun itu yang muncul naib juara musim lalu selepas mempamer aksi konsisten, menunjukkan potensi besar dalam pelbagai saingan di Asia dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada kejayaan BSH dan Honda Asia.

Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar pula akan beraksi dalam kelas SS600cc bersama jentera Honda CBR600RR.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase berkata, pihaknya meletakkan sasaran tinggi pada tahun ini.

"Kami sasarkan untuk muncul juara keseluruhan kelas SS600. Pelumba kami mempunyai pengalaman dan semangat juang tinggi manakala Syarifuddin dalam kelas AP250 menjanjikan aksi konsisten.

"Menerusi persiapan rapi dan sikap dahagakan kemenangan, kami bersedia untuk mengatasi sebarang halangan dan menjadikan 2024 sebagai tahun kejayaan kami," katanya.

Pusingan pertama ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bermula Jumaat sehingga Ahad ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... di-arrc-bersama-bsh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.404855 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list