View: 4477|Reply: 11
|
Minta Tolong pakar-pakar Motor insuran bagi pendapat masalah saya, Tolong yer
[Copy link]
|
|
Kepada Pakar-pakar insuran motor di sini, saya mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai masalah yang saya hadapi sekarang. Pada 7hb Feb 2011, Saya mengalami kemalangan dan kesalahan oleh kenderaan yang bertembung dengan kereta saya. Dan kereta tersebut disaman oleh pihak Polis. Ini bermakna saya tak bersalah. Kereta saya di tarik oleh lori tunda ke sebuah bengkel di Temiang Mantin Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu saya telah membuat tuntutan pihak ketiga ke atas insuran kereta yang berlanggar denga kereta saya. Kereta tersebut mengambil pelindungan insuran dengan E ( Buat masa nie dirahsiakan, Sebab dalam proses menunggu kelulusan)
Setelah Hampir 2 bulan kereta saya dibengkel tanpa apa-apa baik pulih. Saya menelefon ke bengkel tersebut dan bengkel memberitahu saya bahawa kereta saya sebagai TOTAL LOSS, Saya kemudian menelefon pihak Insuran A, Pihak insuran mengambil keputusan untuk mengistiharkan sebagai total lost setelah kos membaik pulih kereta saya menjangkau RM 18,000 bersamaan nilai semasa Waja 2002.
Setelah berbincang dengan pihak insuran kereta saya ( Insuran A), Saya membantah dengan tawaran TOTAL LOSS tersebut, dan ingin kereta saya dibaikpulihkan dengan Kos yang insuran tetapkan iaitu Rm13,000. Pihak Bengkel juga bersetuju dengan jumlah kos tersebut dan bersedia untuk membaikpulihkan kereta saya.
Setelah persetujuan tersebut, bengkel akan memulakan proses baikpulih selepas mendapat kelulusan dari pihak insuran A berdasarkan kos RM13,000 yang insuran nyatakan. Untuk mempercepatkan proses saya menelefon pihak Insuran A supaya memberi dokumen dan kelulusan kepada bengkel dengan segera. Dan Pihak insuran meminta saya membuat satu surat, untuk membantah tawaran TOTAL LOSS tersebut, kerana Tawaran tersebut gagal menampung semua jumlah pinjaman dari Bank. Malah saya terpaksa membayar ansuran tiap-tiap bulan sehingga baki selesai. Ini membebankan saya kerana akan membayar baki jumlah pinjaman sia-sia tanpa kereta. Saya telah membuat surat bantahan tersebut pada pihak insuran dan satu lagi salinan kepada pihak bengkel untuk di hantar ke pihak Insuran A.
Beberapa hari kemudian sekali lagi saya membuat pertanyaan pada pihak insuran mengenai status kelulusan tersebut. Kali ini,Pihak insuran A mempersoalkan kenapa saya menyambung polisi lewat dari sepatutnya. Untuk pengetahuan Tuan/puan, Semasa kemalangan, saya sudah memperbaharui polisi insurance dan Cukai jalan. Apa yang saya faham masa kejadian insuran ok dan roadtax ok, sepatutnya tiada masalah dan meminta saya memberi tunjuk sebab. Ok saya berikan tunjuk sebab. Insuran A diam.
Dan sekali lagi pihak insuran meminta saya membuat satu lagi surat bantahan tawaran TOTAL LOSS dengan menambah ayat " Seandai kos baikpulih melebihi kos RM13,000, saya yang menanggung kos lebihan tersebut, saya bertanya kenapa saya harus menanggung lebihan tersebut, sedangkan saya bukan claim dari A insuran. yang saya claim dari E insuran. Pihak insuran A beritahu saya hanya sejadar surat. ok saya turutkan..dan Pihak insuran diam lagi, Proses Baik pulih masih lagi " PENDING" di pihak insuran sehingga hari ini.
Selepas beberapa hari menunggu pihak insuran memberikan kelulusan untuk baik pulih kereta saya. Namun Tiada kelulusan di buat. Sekali lagi saya menghubungi claim examine A insuran dan bertanyakan , status kereta saya. Kali ini pihak insuran mempersoalkan di mana saya membeli polisi insuran motor dan nama syarikat dan alamat agent insuran yang saya beli?, Saya berikan info seperti mana yg saya kehendaki. Tapi saya mempersoalkan kenapa sampai ke tahap ini,
Tapi saya mempersoalkan kenapa sampai ke tahap ini, kalau saya tiada insuran yang sah, tentulah saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan kereta saya. PELIK? Sehingga pertanyaan ini di buat..kelulusan masih tidak lagi dikeluarkan. Dan Pihak insuran terus mendiam diri. Dengan berat hati sekali lagi saya bertanyakan pihak insuran..Ada masalah ker dengan Claim saya.. jika ada sila bagitau tau , untuk tindakan susulan dari saya. Pihak insuran mengatakan tidak ada masalah, Cuma unutk mengesahkan dimana polisi saya beli. Takkan untuk mengesahkan memakan masa 3-4 hari?.
Persoalan yang hendak saya tanya disini, Saya membuat Tuntutan insuran kereta pihak ke tiga iaitu kereta yang kemalangan dengan kereta saya, iaitu E Insuran. Tapi mengapa pihak insuran saya iaitu A Insuran yang membuat segala keputusan bukannya E Insuran, yang sepatutnya. dan setahu saya tiada masalah jika saya lambat memperbaharui polisi insuran dan yang penting masa kemalangan tersebut, saya telah pun memperbaharui dan polisi telah berkuatkuasa sebelum kemalangan dan cukai jalan saya juga diperbaharui serentak dengan polisi insuran.
Jadi Saya ingin mendapat pendapat dan nasihat dari tuan/puan, apa yang patut saya lakukan jika perkara ini berterusan, dan saya menjadi mangsa, walhal saya tidak bersalah dan menanggung beban dari kejadian ini. Kehilangan Kereta dan terpaksa membayar baki jumlah pinjaman dengan pihak Bank.
Saya memohon jasa baik dan keprihatinan tuan/puan, sekiranya dapat memberi jalan penyelesaian ke atas masalah saya ini. Kini saya buntu dan tidak tahu apa yang patut saya lajukan.
Terima Kasih.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
simpati dengan masalah TT.....anyone tahu camner nak settle?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak kasih Tuan Medangmru
Saya amat menghargai jikalau sahabat-sahabat ada jalan penyelesaian , pendapat dan membantu saya menyelesaikan masalah saya yg tak terduga ini. Rutin harian saya juga berubah dengan ketiadaaan kenderaan untuk bergerak.
Terima kasih kerana sudi membaca dan mungki ada pendapat sahabat-sahabat. boleh membantu saya dan sahabat lain yg mungkin mengalami masalah seperti saya dan bakal menghadapinya. |
|
|
|
|
|
|
|
baik letak thread ni kat bod CnM |
|
|
|
|
|
|
|
baik letak thread ni kat bod CnM. Sahabat boleh tahu CnM tu stand for what..maaf memanf tak tahu..terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sahabat2 kat sini yg boleh tolong ker... bagi pendapat dan nasihat? |
|
|
|
|
|
|
|
Update kes saya.. Hari ini saya mendapat jawapan dari insurance, tuntutan saya ditolak. SEBAB - Polisi saya beli tu katanya dari agen yg telah Expired lesennya. Wahhh..Apa kene dengan saya..tu antara kan antara Pihak insuran dan agennya betul tak?
Dalam kes saya nie, Saya beli ngan agen, dimana kata pihak insurance lesennya dah expired. Kalau dah expired kenapa masa saya beli takde masalah..covernote diproses dan polisi saya dalam susyem JPJ yg membolehkan saya renew roadtax saya..dan duit bayar polisi diambil. Takkan saya sebagai penguna/pembeli nak tanya pada agen tu Encik lesen encik sebagai agen insurance hidup lagi ker? Pernah kekawan beli insurance tanya camtu.
Bila dah ada tuntutan kenapa baru timbul masalah nie... Untuk pengetahuan Kekawan, kata pihak insurance, agen yg saya beli tu deal ngan staff insurance itu sendiri dengan mengunakan nama agen lain untuk isu covernote tersebut. Aduhh peningnya..
Pada pendapat saya..itu bukan hal saya kan..itu soal dalaman Pihak insurance tu sendiri.. Apa yang penting, Saya membeli lindungan insurance untuk kereta saya adalah sah, dan saya diberikan covernote yang sah dan polisi saya berada dalam system JPJ..dah saya boleh dengan jayanya memperbaharui Road Tax. Dan masa kemalangan saya menpunyai lindungan Insurance yg sepatutnya melindungi saya dan memudahkan saya membuat tuntutan apa tah lagi saya menuntut bukan dari pihak insurance saya sendiri dengan kata lain saya membuat tuntutan pihak ketiga, Tapi kenapa Pihak insurance yg saya beli beriya-iya menolaj tuntutan saya tersebut.
Tolonglah kekawan kalau ada sesiapa yang boleh mebantu saya memberi pendapat dan jalan untuk saya selesaikan masalah saya ini. Bulan2 saya kena bayar kat bank..tapi kereta dah tak ada ..kalau sikit takperlah..ni ada 5 thn lagi tu...
Saya telah membuat aduan dengan Tribunal , Biro pengantaraan kewangan, bank negara tapi semua hampa tiada jawapan.. dan jika ada jawapan semuanya membuat saya buat rujukan dengan pihak A dan Pihak A suruh saya buat Rujukan Pihak B dan pihak B suruh saya buat rujukan Pihak C dan pihak c suruh saya rujuk Pihak A dan bagai.. macam bole saya nie dibuatnya.. Tapi penyelesaian dan pertolongan tak dapat juga..hilang camtu..
HELP HELP ME..PLEASE... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uih....simpati sungguh masalahmu tt |
|
|
|
|
|
|
|
berat minda membaca, berat lagi minda yang memikirkan masalah TT nih ....
semoga dipermudahkan urusan bro ... kalau di izin tuhan, aku bantu mana yg patut. |
|
|
|
|
|
|
|
Update - terima kasih segalam pendapat dam idea kekawan semua.. Tuntutan sudah diluluskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# razlan1423
syukur pada Allah, tahniah bro ...
boleh share apa yang dah berlaku ... boleh jadikan rujukan semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply razlan1423
syukur pada Allah, tahniah bro ...
boleh share apa yang dah berlaku ... boleh ...
gt128n9 Post at 28-3-2011 22:05
Saya dah update dan share kat link nie bro Link saya update..sebagai pedoman utk semua |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|