CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7070|Reply: 0

[Sarawak] Jangan pandang remeh program hari tanpa kenderaan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode


raya Miri, hari ini sebagai simbolik perasmian program ‘Miri City Car-Free Day 2024’ yang kedua tahun ini.

MIRI: Jangan pandang remeh program hari tanpa kenderaan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, meskipun hanya sehari sahaja untuk tempoh beberapa jam sekalipun kerana ia memainkan peranan yang amat besar terhadap kesinambungan alam sekitar dan perubahan iklim.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, penganjuran program tanpa kereta di sini atau ‘Miri City Car-Free Day 2024’ bukan sekadar hari biasa, sebaliknya hari yang besar kepentingannya yang memberi peringatan kepada semua tentang peranan mereka dalam membantu mengurangkan pelepasan karbon.

"Kepentingan program ‘Miri City Car-Free Day 2024’ tidak boleh dipandang rendah.

"Ia berfungsi sebagai peringatan yang kuat tentang tindakan yang boleh kita ambil untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memerangi perubahan iklim," katanya.

Yii yang juga ADUN Pujut memberitahu demikian semasa berucap pada majlis perasmian program bandar raya Miri bebas kereta 'Miri City Car-Free Day 2024' anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) di Wireless Walk, Jalan North Yu Seng, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Datuk Bandar Kaunselor Ariffin Mohamad, Pemangku Setiausaha MBM Abdul Rahman Taupek serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) MBM Kauselor Leslie Lau Ik Chie.

"Semasa kita berhimpun di sini, kita bukan sahaja menambah baik bandar kita tetapi sebagai sebahagian daripada komitmen global untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Kehadiran kolektif kita di sini hari ini menekankan dedikasi kita terhadap kemampanan dan visi bersama MBM untuk masa depan yang lebih cerah, lebih hijau untuk Miri dan seterusnya," ujar beliau lagi.

Pada masa yang sama katanya, program ini adalah peluang untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di mana orang ramai bebas berjalan kaki dan berbasikal serta menerokai bandar raya tanpa menggunakan kenderaan bermotor.

"Kita bukan sahaja mengurangkan pencemaran tetapi juga mengutamakan kesejahteraan fizikal dan mental kita.

"Biarkan hari ini menjadi acara yang penuh gembira di mana kita bergerak bebas menyaksikan keindahan persekitaran kita," tambahnya.

Dalam pada itu, Yii turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan hangat orang terhadap program ‘Miri City Car-Free Day 2024’ yang kedua itu.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan jemputan hangat kepada mana-mana agensi yang berminat untuk bekerjasama dengan pihak Majlis untuk program yang seterusnya kelak.

"Sama ada anda mempunyai idea untuk aktiviti semasa program ini atau ingin meneroka peluang untuk kerjasama selepas acara ini, kami mengalu-alukan penglibatan dan sokongan anda," ujar Yii sambil menambah perkongsian dan kerjasama dengan badan-badan lain amat memberi makna kepada pihak majlis dalam usahanya mencapai matlamat kemampanan dan penglibatan komuniti.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083930 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list