CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: eedharm

Dari mimpi membawa ke realiti

[Copy link]
 Author| Post time 8-3-2011 12:23 PM | Show all posts
Reply 7# mziskandar

bkn quarters estateaku bkn keje kat estate pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2011 12:27 PM | Show all posts
Reply 12# aLieNzDaToR


   Dlm hati terdetik gak nak pusing tgk tp xberani lak....kalau dia dtg tu sama mcm rupa dlm mimpi xpe la jugak, kiut-miut, body cun je tp dibuatnya rupa lain...hiiii.......seram nak imagine lebih2...
    Org tua2 ckp kalau mimpi jd kenyataan tu maksudnya dia nak jd pendamping...so kalau aku terima dia masa dia dtg tu skrg ni aku dah leh jd pawang diraja la kot...hahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 12:35 PM | Show all posts
Reply 21# eedharm

hehe.. ingatkan manager estate tadi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 12:45 PM | Show all posts
aku macai je bro....huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 12:47 PM | Show all posts
Maybe alam roh nie sunyi...
So penghuniny xde kawan...

Mungkin dye nk kenalkan ko dri dye yg sbenar(Oh no!)...
N teman kn dye...

N knape dye kt dunia lg? Bkan patutny roh d angkat ke langit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 12:48 PM | Show all posts
aku xleh nak jawap la soalan2 ko ni...tp aku rasa yg dtg tu setan menyerupai roh awek tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2011 04:10 PM | Show all posts
aku ada gak mimpi lebih kurang cam gni....

citernyer begini...

x berapa nak ingat tahun berapa..1998/99 gtu la +-... hari tu aku bw pcik aku g umah tunang dia kat pekan,lebih kurang 80km dr umah aku...niat pcik aku ni nak anto tunang dia balik jb..konon2 tunang yg perihatin la...yg jd mangsanyer aku la..kene drive..pcik aku ni x driving lesen la...

dr pekan (daerah pahang) nak ke jb ni lalu la ikut pantai,bertolak pas zuhur gtu...dalam perjalanan tu x de pape la..cume leher pcik aku tu sakit2 la..maklumla...nak myembang ngan tunang dia yg dok blakang tu kan nak kene toleh2....

seingat aku sampai kat umah tunang dia ni dah dekat magrib la...pastu leh pulak nak g makan2 kat jb..dapat aku tgk spore dari jauh mlm2...tu la 1st n last aku tgk spore sepanjang idup aku spi rini...pas mkn tu anto balik tunang dia kat umah...bbulu jer aku jd drebar...leh lak dia dok blakang ngan tunang dia. aku drive spi berapa kali terlepas simpang..nak marah pcik...huhuhuhuhu..ntah ape dia wat kat blakang jap2 da terlepaas simpang br bg direction...

abis citer dorang...kami btolak dr jb nak balik ke subang jaya dalam pkl 11mlm gtu...kuar jer tol jb aku dgr bunyik len macam...pandang2 kat tepi ....sedap jer pcik aku mengeruh tido...tensen gile!!!!:@

malam tu aku drive kat PLUS selaju2nyer aku leh tekan minyak...pas jer melaka kete pun da makin kurang...aku agak dalam pkl 1-2am gtu...

" aku tgk jln ni mcm kat jln kuantan..sesak gtu...dulu aku dok kuantan..jd ingatla cam kat jalan gambang suasananyer...aku bw laju lagi...try nak potong satu lori ni..tgk2 depan ada lori balak...nak elak dah tak sempat .. memang bertembung kete aku ngan lori balak tuh...allahuakbar! menjerit gile aku...dgn kete bawah perut lori tu plan2 aku bukak mate...."

allahuakbar! gelap gelita tu nampak kete yg aku bw tu dah dok lorong paling kanan hway...ckit jer lagi nak masuk longkang/taman bunge yg kat tgh2 hway tu..ms tu kat ngan area pedas linggi...aku lepas minyak pastu bior jer kete tu sampai kat tepi jalan belah kiri...nasib baik x de kete len kat blakang aku...jln tu mmg senyap sunyi satu lampu kenderaan pun x de...pcik aku elok jer tido lagi...

ada lam 5 mnt aku lpak tepi jalan tuh...tgk gelap x de per plan2 aku jalan balik.pastu ada sebiji kete dtg dr blakang..ape lagi aku polo la kete tu dekat2 nak bagi rs ilang ngantuk.....camenr aku leh x pasan lak hentian rehat somban tuh....sampai kat hentian rehat dengkil mate x tahan dah..aku pun tutup njin pastu bantai tido gak....bangun tgk jam da pkl1130am...dah panas cam dalam oven dalam kete...pcik aku x bgn lagi..ape mimpi bromen ngan tunang ke tido x bgn2...aku grak dia pastu balik subang jaya..

kirenyer aku mimpi xciden tuh la yg menyebabkan aku terbangun....kalo x mmg xciden betul2 la aku mlm tuh..penat bw kete dr pagi sampai ke tgh malam punya pasal aku ttido tgh drive.

sejak ari tuh...asal rs ngantuk jer aku mesti terus benti kete n tido..penanh sekali adik2 bengang sebab benti tido kat tepi jalan HKL,padahal umah kitorang kat setapak jer..x sampai 2km pun..

tu jer citer aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 10:18 PM | Show all posts
wah menariknya bila mimpi jadi kenyataan. huhuhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 11:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 25-4-2011 23:41

clah ada satu mimpi dlm tahun lepas....clah mimpi clah dapat banyak batu2 permata cantik2 dan berkilau-kilauan, mmg cantik2 giler....tak tau dari mana tapi clah berikan setiap satunya kepada org2 yang clah jumpa...tak tau nape...tapi tak terasa plk nak simpaan satu...bila dapat beri, clah rasa seronok teramat2 nya, clah kata clah cuma nak ada satu pokok yg clah sayang...pokok pakis yg clah dapat kat bwh pokok pinang....tiba2 ada setan2 yg datang mengejar clah dari belakang....pas tu clah terjaga....!

sekarang, clah tau apa erti mimpi clah....kerana ia dah berlaku dalam realiti ...clah akan diserang oleh syaitan2 dan kuncu2nya, sebab clah beri kesedaran ttg nur Islam(permata) kepada org2 Islam disekeiling clah....yg clah mahu, hanyalah apa yg Allah ingin beri dan janjikan itu je...wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:56 AM | Show all posts
nasib baik dia mau pegi..

tapi nyanyi lagu Raihan, giahahahaha
before this terba ...
kroit92 Post at 8-3-2011 08:09


tp avvy ko ni lg lawaks..wakaka cumil jew
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 06:42 PM | Show all posts
tp avvy ko ni lg lawaks..wakaka  cumil jew
miamy Post at 26-4-2011 02:56 AM



apakah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 07:59 PM | Show all posts
nyanyi lagu raihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 12:01 PM | Show all posts
Edited by eedharm at 1-2-2016 12:06 PM

                Kisah ini berlaku lebih 20 tahun yang lalu. Kami sekeluarga kecuali kakak aku yangsulung telah berpindah ke sebuah taman perumahan yang baru dibuka. Kami adalah keluarga kedua yang berpindah ke situ. Sewaktu itu, bekalan air dan elektrik masih belum diterima namun disebabkan pertukaran sekolah aku telah dibuat, maka terpaksalah kami berpindah juga memandangkan tinggal lagi 2 hari untuk sekolah dibuka.

                Kediaman baru kami terletak diatas bukit. Sebelum tiba di kawasan perumahan, terdapat kawasan jirat cina yang sudah dibuka agak lama berdasarkan kepada keadaan jirat-jirat tersebut.

                Kejadian yang akan aku ceritakan ini berlaku kepada emak aku. Pada suatu petang, selepas lebih kurang seminggu menetap di situ, aku, emak dan adik aku yang baru berusia2 tahun, bersiar-siar menikmati angin bukit yang tidak berapa segar. Setelah beberapa lama berjalan, tanpa disedari kami sampai di pinggir kawasan jirat cina. Emak mengajak kami pulang ke rumah memandangkan hari pun sudah hampir lewat petang. Tiba-tiba emak ternampak sepohon pokok bunga raya merah di tepi jalan. Emak memang bunga raya enthusiast. Pelbagai spesies bunga raya ditanamnya tapi entah bagaimana pokok bunga raya merah itu tiada dalam koleksi tanamannya. Emak pun mematahkan beberapa dahan pokok bunga raya itu untuk dibawa balik. Setiba di rumah, emakterus menanam pokok bunga raya itu.

                Anda semua pasti boleh mengagak apa yang bakal terjadi. Agak cliché di sini.

                Hari beransur malam. Tiada apa yang boleh aku lakukan di rumah yang hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah. Hanya suara DJ radio menemani kami sambal menjamah makan malam. Abah aku seorang pemandu bas ekspres. Jarang-jarang sekali dia berada di rumah. Apabila jam menunjukkan pukul 9.30 malam, aku pun masuk ke bilik untuk tidur. Setelah siap mengemas, emak bersama adik turut masuk ke bilik tidur.
                Kira-kira jam 12 malam, emak terjaga dari tidur. Telinga emak memang tajam. Bunyi-bunyian yang kecil sudah boleh membuatkan dia terjaga. Tetapi bunyi yang didengar kali ini memang jelas. Ada orang menangis di luar rumah. Emak bangun untuk mengintai di celah tingkap. Risau jika ada orang hendak berbuat jahat. Ramai juga buruh-buruh kontrak dari Indonesia di situ menyiapkan rumah-rumah yang masih dalam proses pembinaan.
                Apa yang dapat dilihat hanyalah gelap gelita. Tiada siapa pun di luar rumah. Bunyi tangisan juga sudah tiada. Emak kembali merebahkan badan ke katil namun matanya tidak dapat dilelapkan. Beberapa minit kemudian, suara tangisan kembali. Kali ini lebih kuat. Emak sudah merasa tidak selesa. Pastinya bukan manusia yang menangis itu. Emak membaca ayat-ayat al-Quran yang dia tahu. Alhamdulillah,tangisan itu berhenti. Tetapi tidak lama. Tangisan kembali lagi. Kali ini bukan di halaman tetapi di atas bumbung. Betul-betul di atas emak. Emak menguatkan bacaan ayat-ayat suci. Dia juga menguatkan tangisan. Emak mengulangi bacaan ayat kursi dan menekankan pada ayat yang terakhir. wala ya u'duhu hifzuhuma wahuwal  ar'liyula'zim. Selepas beberapa kali, tangisan berhenti dan kedengaran satu benda yang berat jatuh ke tanah. Emak mengucapkan syukur lantas bangun mengerjakan solat sunat. Tiada lagi suara tangisan didengari sehingga ke pagi.
                Subuhnya, aku bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Semasa bersarapan, emak bertanya sama ada aku ada terdengar apa-apa malam tadi. Aku tidur mati malam tadi, jadi tiada apa yang aku dengari.
Aku tanyaemak kenapa dia bertanya begitu. Tiada jawapan. Balik dari sekolah aku ajukansoalan yang sama kepada emak. Kali ini barulah dia menceritakan kejadian malam tadi. Aku mendengar dengan khusyuk. Seram, takut, teruja semuanya bercampur dalam benak hati aku. Abah masih bertugas. Mungkin malam esok baru abah balik. Aku menantikan malam yang bakal menjelang dengan perasaan yang bercampur baur. Apakah peristiwa sama bakal berulang kembali….

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 12:46 PM | Show all posts
Edited by eedharm at 1-2-2016 12:50 PM

Matahari melabuhkan tirainya. Bulan menjelma bertanya khabar. Kami sekeluarga menjalankan rutin harian seperti biasa meskipun pelbagai persoalan menjelma diminda. Seperti malam-malam sebelumnya, 9.30 malam memang waktu tidur aku. Ingin aku tidur di dalam bilik bersama emak tetapi aku pendamkan saja hasrat itukerana berasa malu diejek kawan-kawan di sekolah andai kata mereka tahu aku tidur dengan emak. Aku tidur dengan nyenyak malam itu. Tetapi tidak bagi emak. Emak tidak dapat melelapkan mata. Peristiwa semalam masih segar di ingatan. Setelah memastikan adik nyenyak tidur, emak bangun mengerjakan solat-solat sunat. Usai solat, emak mencapai senaskhah al-Quran dan mula mengaji. Selesai mengaji, emak pun mulamengantuk. Emak pun berbaring di sebelah adik.

                Antara lena dan terjaga, emak terdengar bunyi motosikal memasuki halaman rumah. Emak kenal bunyi itu. Abah sudah balik. Emak dengar abah membuka pintu rumah dan masuk ke dalam bilik. Emak agakpelik kerana abah terus baring di atas katil. Emak tahu itu bukan abah kerana walau bagaimana penat pun, abah mesti mandi sebelum baring di katil. Emak mula membaca ayat-ayat suci al-Quran. Selepas beberapa lama, tiada lagi abah disebelah emak.
Emak sudah mula merasa risau. Dilihatnya adik masih nyenyak tidur. Tiba-tiba pagar dawai di tepi rumah berbunyi bagaikan di goncang. Semakin lama semakin kuat. Kalau pada awalnya di hujung berdekatan pintu pagar, kini goncangan pagar mula menghampiri bilik emak. Emak memulakan bacaan ayat-ayat suci semula. Tiba-tiba, sekali lagi emak terdengar bunyi motosikal memasuki halaman rumah. Pintu rumah dibuka. Abah masuk sambil memberi salam. Emak mendengar aku mendapatkan abah sambil mengadu kaki aku rasa lenguh-lenguh. Emak mendengar abah membaca sesuatu. Goncangan pagar masih lagi rancak. Selesai abah merawat kaki aku, serentak itu juga goncangan pagar terhenti dengan sendiri. Emak bangun mendapatkan abah di ruang tamu. Tiada. Emak menjenguk ke dapur. Juga tiada. Di bilik air. Kosong. Emak mula merasa pelik lalu kembali ke bilik dan baring bersama adik.

Tidak berapa lama kemudian,sekali lagi motosikal abah memasuki perkarangan halaman rumah. Kunci pintu rumah dibuka. Abah masuk sambil memberi salam. Setelah meletakkan beg berisibaju, abah terus ke bilik air untuk mandi. Emak berasa lega kerana ini memang betul abah.

                Subuh itu, seperti hari sebelumnya, emak bertanya soalan yang sama kepada aku. Jawapan yang sama juga aku berikan. Aku tidak sabar untuk mendengar dari mulut emak apa yang berlaku semalamnya. Selepas balik dari sekolah, aku menyuruh emak segera menceritakan apa yang berlaku. Abah terpinga-pinga mendengar permintaan aku. Emak pun mula menceritakan kejadian semalam kepada abah. Aku mendengar dengan penuh minat. Petang itu juga abah mencabut pokok bunga raya merah yang emak tanam itu dan meletakkan kembali ke tempat asalnya.

                Aku sangkakan pasti tiada apa lagi peristiwa misteri yang berlaku, tetapi sangkaan aku jauh meleset…

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 01:25 PM | Show all posts
Weh scarynye ..2 kali tuh menyerupa..Kali ke 3 sib baik btul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 01:58 PM | Show all posts
MizzTyco replied at 1-2-2016 01:25 PM
Weh scarynye ..2 kali tuh menyerupa..Kali ke 3 sib baik btul

yang 1st tu maybe benda tu...yg 2nd coming macam bantuan for my mom...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2016 02:53 PM | Show all posts
Edited by eedharm at 3-2-2016 02:55 PM

Hari berganti minggu, tiada lagi tangisan mahupun goncangan pagar berlaku di kediaman kami lagi. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah malam.Pada suatu malam, hujan turun dengan lebatnya. Di kala itu, bekalan elektrik dan air sudah pun dihubungkan ke rumah. Disebabkan pancaran kilat dan hiliaian guruh, emak mengarahkan aku menutup suis tv dan masuk tidur. Sebagai anak yang patuh pada ibubapanya, aku pun menuruti arahannya.

                Aku melabuhkan kepala ke atas bantal. Dek kerana tempias hujan menimpa muka, aku bangun menutup tingkap dihujung kepala. Selepas tingkap ditutup, kedengaran seperti suatu benda tajam mengetuk cermin tingkap itu. Pasti bunyi air hujan, getus hati aku. Lantas, aku terus melelapkan mata sehingga dikejutkan emak untuk ke sekolah.


                Malam berikutnya cuaca agak panas. Selesai dileteri emak yang tak henti-henti menyuruh aku masuk tidur sedari tadi, aku pun masuk ke bilik peraduan. Tingkap di hujung kepala aku biarkan renggang supaya angin malam dapat menerjah masuk. Dek kerana cuaca yang agak panas, sukar untak aku melelapkan mata. Aku melayan perasaan sambil mengenang gadis comel bercekak biru di dalam kelas aku. Tiba-tiba, Tap..Tap..Tap..ketukan yang aku dengar semalam kembali lagi. Tap..tap..tap..sekali lagi cermin tingkap diketuk. Aku mula gelisah. Wajah manis gadis comel hilang dari fikiran. Aku terbayang imej hantu cina melompat-lompat seperti yang dipaparkan dalam filem.Tap..tap..tap..kali ketiga. Aku cuba bangun untuk melihat namun apakan daya,sifat penakut menguasai diri. Tap..tap..tap..lebih kuat ketukan kali ini. Aku mengumpul segala keberanian yang tinggal dan terus bangun menutup cermin tingkap dengan agak kuat. Mujur tidak pecah. Tanpa teragak-agak, aku mencapai bantal dan selimut menuju ke bilik tidur emak. Malam itu aku tidur di atas lantai dalam bilik emak.

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.170986 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list