CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2433|Reply: 0

[Sabah] Seni bela diri perlu digunakan untuk kebaikan

[Copy link]
Post time 4-3-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Jonathan (tiga kanan) menerima cenderakenangan daripada Malcom diiringi Louis (kanan) dan Benedict (kiri).

RANAU: Kemahiran dalam seni bela diri perlu digunakan dengan sebaiknya untuk diri dan masyarakat, bukannya disalahgunakan sehingga memberi mudarat kepada orang lain.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, sukan seni bela diri memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi supaya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Disiplin mengajar kita supaya dapat mengawal dan mempertahankan diri sekiranya berlaku situasi yang tidak diingini.

“Justeru, saya percaya seni bela diri perlu dibangunkan di peringkat sekolah dan golongan muda sangat digalakkan menyertai sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Latihan Karate Utama Persatuan Karate Ranau, di Kampung Matan, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Jonathan memuji kerja keras dan komitmen tinggi yang diberikan oleh pimpinan Persatuan Karate Ranau kerana berjaya membangunkan persatuan ini sejak dari awal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur, penaja, penyumbang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“Saya berharap persatuan ini akan terus berkembang maju, seterusnya memberi impak positif kepada golongan muda di daerah ini,” katanya.

Dalam majlis itu, Jonathan menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi tujuan membangunkan aktiviti sukan karate di daerah itu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Benedict Gunda serta Presiden dan Jurulatih Persatuan Karate-Do Shito-Ryu Ranau, Malcom Marwill.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 160421 Replies : 3914
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19365 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25984 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71427 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102502 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8111 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.129220 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list