CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6927|Reply: 0

[Johor] Bekas bendahari pecah amanah guna RM12,000 duit masjid

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode

SYAHARULLAH (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyalahguna wang milik masjid berjumlah RM12,000 dua tahun lepas. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang bekas bendahari masjid di Kampung Sri Machap, Kluang mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi pertuduhan menyalahgunakan wang milik masjid berjumlah RM12,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Syaharullah Ismail, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, pemandu lori itu didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang milik Masjid di Kampung Sri Machap berjumlah RM12,000.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 9.17 malam di sebuah bank di Bangunan Tabung Haji, Jalan Dato’ Kapten Ahmad, pada 12 November 2022.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Zahida Muhammad Rozi manakala tertuduh diwakili peguam lantikan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Bharathi.

Hakim membenarkan pemandu lori itu diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di pejabat SPRM cawangan Kluang sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 8 April ini sebagai sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... m12000-duit-masjid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.405607 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list