CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6083|Reply: 0

[Kelantan] 200 pekebun bimbang ancaman gajah liar

[Copy link]
Post time 25-2-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Rosdi (kanan) menunjukkan najis gajah yang berada di merata tempat di sekitar kawasan ladang miliknya. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kuala Krai: Hampir 200 pekebun di Kampung Sungai Rek dilanda kebimbangan apabila gajah liar menceroboh, memusnahkan serta memakan hasil tanaman mereka, sejak minggu lalu.

Menurut Rosdi Mohamad, 64, dia kerugian hampir RM40,000 selepas ladang sawit miliknya seluas 5.6 hektar dirosakkan gajah liar.

Katanya, dalam kejadian Isnin lalu, dia hanya mampu berputih mata apabila 850 pokok anak sawit yang baru ditanam pada hujung Januari lalu dirosakkan haiwan berkenaan.

"Bagi mengelakkan ancaman gajah liar, saya sudah memasang pagar serta kawat berduri di sekeliling ladang, namun ia tetap dapat diceroboh haiwan ini.


"Ketika waktu siang, gajah liar ini bersembunyi di hutan berdekatan dan masuk ke kawasan ladang pada waktu malam untuk merosakkan tanaman yang diusahakan penduduk di sini," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Rek, di sini, semalam.

Rosdi berkata, kehadiran haiwan itu bukan sahaja meresahkannya yang baru pertama kali berdepan situasi itu, namun ia turut dirasai pekebun lain yang mengalami kerugian.

"Malah, kebanyakan penduduk juga tidak berani ke kebun atau ladang untuk mencari rezeki kerana bimbang keselamatan diri, sekiranya mereka terserempak dengan gajah liar, apatah lagi kesan tapak kakinya juga berada di merata-rata di sekitar kawasan ladang.

"Penduduk di sini bergantung hidup dengan mencari rezeki sebagai pekebun dan penoreh dan punca pendapatan terputus kerana mereka takut ke kebun," katanya.

Nasib sama turut dilalui Fauzi Abdullah, 52, apabila dia mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas 250 pokok sawitnya dirosakkan gajah liar.

"Sebelum ini, saya menanam pokok getah, namun pada Julai tahun lalu saya mengusahakan tanaman kelapa sawit dan mengeluarkan modal sebanyak RM10,000 untuk membeli anak pokok selain kerja-kerja meratakan tanah.

"Bagaimanapun, kehadiran gajah liar pada minggu lalu di kawasan ladang melenyapkan keseluruhan pokok kelapa sawit yang ditanam diatas tanah berkeluasan 1.6 hektar," katanya.

Justeru katanya, dia berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat segera menghalau gajah liar ini daripada terus merosakkan tanaman penduduk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ancaman-gajah-liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.246935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list