View: 6079|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dr. Anas dituduh amang seksual 6 pesakit kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Anas (tengah) didakwa tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman hari ini.
KEMAMAN – Seorang doktor perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual dan menghasilkan serta memiliki gambar pornografi terhadap enam kanak-kanak yang juga pesakitnya di Hospital Kemaman di sini.
Tertuduh, Dr. Anas Ramli, 32, yang berasal dari Chukai di sini membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Berdasarkan lima pertuduhan, tertuduh didakwa menghasilkan gambar pornografi lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di sebuah bilik rawatan di wad Hospital Kemaman pada akhir Disember 2022 hingga Februari 2023.
Bagi kelima-lima pertuduhan tersebut, Anas didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan maksimum enam kali sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh payudara kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah bilik rawatan hospital sama antara 5.45 petang hingga 6.40 petang,
8 Februari 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut didakwa memiliki gambar lucah yang disimpan di dalam telefon bimbitnya di Dewan Bedah Hospital Kemaman antara pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi, 1 November 2022.
Anas didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kosmo! 11 Februari 2023 melaporkan seorang doktor lelaki ditahan reman bagi membantu kes cabul terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang juga pesakitnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... esakit-kanak-kanak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|