CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6472|Reply: 0

[Terengganu] Empat kawah pusaran air dasar laut bahayakan pengunjung Pantai Batu Burok - Bomba Terengganu

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menggunakan dron dalam misi mencari dan menyelamat seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok baru-baru ini

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mengesan ada sehingga empat kawah air di dasar laut sepanjang Pantai Batu Burok, di sini.

Kawah air dengan kedalaman kira-kira 3.05 meter dan dipenuhi dengan sampah itu, berbahaya kepada pengunjung jika dihanyut ke kawasan berkenaan.

Pengarah JBPM negeri, Hassan As'ari Omar, berkata empat kawah air di Pantai Batu Burok itu dikesan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ketika melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas dilokasi itu pada Ahad dan semalam.

"Kita difahamkan, kawah air yang terletak kira-kira 50 meter daripada pesisir pantai itu terbentuk disebabkan berlakunya pusaran air.


"Kerja menyelamat mangsa lemas yang dihanyutkan arus ke dalam kawah itu mungkin terganggu disebabkan keadaan gelap dan dipenuhi sampah," katanya.

Beliau ditemui media ketika meninjau operasi menyelamat seorang peniaga, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, yang dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok, di sini, Ahad lalu.

Mayat Zulkarnain ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan di perairan Pulau Kapas dan Pulau Gemia, kira-kira 16 kilometer daripada lokasi kejadian, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Mengulas lanjut, Hassan As'ari, berkata pengunjung tidak digalakkan untuk mandi manda di sepanjang Pantai Batu Burok.

Katanya, semua pelancong dan pengunjung daripada luar negeri ini yang menginap di hotel dan inap desa di persisir pantai diminta sentiasa berwaspada bagi mengelakkan insiden tidak diingini terutama lemas.

"Berdasarkan beberapa kes lemas di Pantai Batu Burok, kebanyakan mangsa ditemui dalam jarak antara tiga hingga 21 kilometer, dihanyutkan arus," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gunjung-pantai-batu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.037998 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list