View: 8448|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
12 pekerja warga asing kilang jahitan ditahan
[Copy link]
|
|
NUR Zulfa (kanan) membuat pemeriksaan terhadap sebahagian daripada 130 warga asing ketika menjalankan Ops Mahir di sebuah kilang menjahit dan memborong pakaian seragam di Taman Industri Impian Alma. FOTO BERNAMA
Bukit Mertajam: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan lima lelaki dan tujuh wanita atas pelbagai kesalahan imigresen dalam serbuan di kilang menjahit dan memborong pakaian seragam di Taman Industri Impian Alma, di sini, hari ini.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim yang mengetuai serbuan itu berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tidak memiliki permit atau pas perjalanan sah, selain tinggal dalam negara melebihi tempoh.
Menurutnya, serbuan dalam Ops Mahir selama dua jam bermula 10.30 pagi itu membabitkan 56 anggota Jabatan Imigresen Malaysia.
Katanya, tindakan diambil mengikut Sekyen Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Seramai 130 warga asing diperiksa dalam operasi ini yang terdiri daripada 69 wanita dan 61 lelaki," katanya pada sidang media selepas operasi, di sini.
Katanya, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk proses dokumentasi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-jahitan-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|