View: 8442|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
DSP, Sarjan ditahan positif dadah
[Copy link]
|
|
Georgetown: Polis Pulau Pinang mengesahkan seorang pegawai kanan dan anggotanya ditahan selepas didapati positif dadah pada Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, Deputi Superintendan (DSP) berusia 39 tahun didapati positif dadah jenis Benzodiazepines, manakala anggota berpangkat Sarjan, 42, pula positif Tetra Hydrocannibol (THC).
Menurutnya, saringan ujian air kencing itu dilakukan secara rambang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
"Saringan awal pegawai serta anggota polis berkenaan didapati positif dadah dan mereka dibebaskan dalam tempoh 24 jam selepas siasatan selesai, susulan itu majistret tidak membenarkan lanjutan reman.
"Sekiranya laporan patalogi mendapati mereka positif, tindakan tatatertib akan diambil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Difahamkan, seramai 22 pegawai dan 45 anggota polis diperiksa dalam saringan itu.
Mohamad Usuf berkata, Skim Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) dilakukan secara berkala terhadap pegawai dan anggota polis.
"Kita buat pemeriksaan secara berkala bagi pastikan warga polis bebas daripada penyalahgunaan dadah.
"Sekiranya ada, kita tidak akan berkompromi dan tindakan tegas diambil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahan-positif-dadah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|