CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6236|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas tidak jejaskan tanaman padi di Kedah

[Copy link]
Post time 18-2-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Cuaca panas tidak menjejaskan tanaman padi di Kedah. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Cuaca panas dengan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius di negeri ini tidak memberi kesan terhadap tanaman padi di kawasan Muda pada musim ini yang dijangka selesai pada penghujung Mac ini.

Menurut Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), pihaknya bagaimanapun sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya keadaan El-Nino ini berlarutan seperti ramalan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, setakat hari ini, prestasi kemajuan tanaman padi untuk musim kedua (2/2023)  mencatatkan aktiviti penanaman mencapai 99.3 peratus melibatkan kawasan seluas 100,011 hektar.

“Sebanyak 80.3 peratus tanaman padi dengan keluasan 80,831 hektar kini sudah di peringkat berbunga.

“Manakala 38 peratus tanaman padi bagi keluasan 38,282 hektar telah masak dan 12.1 peratus tanaman padi bagi keluasan 12, 208 hektar telah dituai di kawasan Muda,” ujarnya.

Katanya, jumlah turunan hujan di Kawasan Muda merekodkan bacaan lebih rendah iaitu 12 milimeter (mm) berbanding purata turunan hujan 20 tahun iaitu 47mm.

“Namun begitu, jumlah takungan air membabitkan Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning kini masih berada pada paras selesa dan mencukupi bagi menampung keperluan sumber pengairan untuk aktiviti penanaman padi bagi musim ini.

“Purata jumlah tangkungan air bagi ketiga-tiga empangan ini adalah sebanyak 75.88 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... aman-padi-di-kedah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055468 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list