CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9066|Reply: 0

Bulan puasa beri kelebihan Harimau Malaya baham Oman

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Barisan pemain Harimau Malaya.

Kuala Lumpur: Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat yang akan berlangsung dalam bulan Ramadhan seharusnya membawa kelebihan buat skuad Harimau Malaya.

Berdasarkan himpunan pemain negara khususnya dalam kesebelasan utama, hanya tiga pemain yang berpuasa iaitu penjaga gol, Syihan Hazmi dan dua tonggak sayap lincah negara, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.

Manakala selebihnya adalah pemain warisan dan naturalisasi yang tidak akan berpuasa termasuk Dion Cools, Corbin Ong, Matthew Davies, Dominic Tan, Stuart Wilkin, Brendan Gan, Darren Lok dan Romel Morales.

Menerusi kelebihan itu berbanding Oman yang majoriti pemainnya berpuasa di siang hari, pastinya memberi sedikit kelebihan buat skuad kendalian Kim Pan-gon sekali gus meletakkan pasukan negara di kondisi terbaik apabila turun beraksi di sebelah malam pada 22 Mac ini.



Walaupun kelebihan itu ada, namun skuad Harimau Malaya diingatkan agar tidak mendabik dada kerana lawan yang bakal ditemui berada pada kelas tersendiri di mana skuad Samba of the Gulf itu di kedudukan 80 dunia ketika ini.

Bagi pemerhati sukan negara, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, beliau menyifatkan peluang Malaysia untuk meraih keputusan positif tetap ada biarpun beraksi di tempat lawan dan bermain di bulan puasa.

Begitupun Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu berkata, ibadah puasa bukanlah suatu masalah buat pemain profesional khususnya pemain-pemain Oman yang nyata memiliki keupayaan dan teknikal yang tinggi.

"Saya lihat pemain Malaysia memang ada kelebihan sikit (dari segi kehadiran pemain warisan), tapi ia bukan kelebihan yang besar.

"Oman mungkin dah biasa bermain di bulan Ramadhan, maksud saya pemain mereka mungkin tidak ada masalah bermain biarpun berpuasa di siang hari.

"Jadi saya harap pemain negara jangan ambil mudah dan berikan sepenuh tumpuan dalam permainan," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ujarnya lagi, momentum baik selepas berakhirnya saingan Piala Asia di Qatar bulan lalu dengan mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir kumpulan harus dikekalkan hingga perlawanan dengan Oman itu.

"Pasukan kita saya lihat dalam 'mood' yang baik terutama selepas balik dari Piala Asia. Kalau kita boleh main seperti di Piala Asia tak mustahil satu mata atau tiga mata kita boleh raih," katanya.

Malaysia ketika ini berada pada laluan tepat untuk melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027 selepas memimpin carta Kumpulan D di tangga pertama selepas dua aksi dilalui.

Dalam dua aksi sebelum ini, anak didik Pan-gon menang ke atas Kyrgyzstan 4-3 di Bukit Jalil dan menundukkan Taiwan 1-0 di kandang lawan untuk mengumpul enam mata maksimum setakat ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-malaya-baham-oman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.163313 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list