CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7961|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki ditahan disyaki keldai akaun

[Copy link]
Post time 18-2-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki, Khamis lalu dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian di sini baru-baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan.

"Lelaki itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM97,000 sebelum menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lelaki itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... isyaki-keldai-akaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.154958 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list