CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25053|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Mana-mana pun tetap 'jammed'...' - KM Pulau Pinang harap ada Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

[Copy link]
Post time 17-2-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode
'Mana-mana pun tetap 'jammed'...' - KM Pulau Pinang harap ada Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Nur Izzati Mohamad - Februari 17, 2024 @ 10:16pm bhnews@bh.com.my




Kebanyakan laluan antara Juru dan Sungai Dua tidak mampu tampung trafik hingga menyebabkan kesesakan, berpunca di Lebuhraya Utara Selatan (Juru-Sungai Dua) dan Jambatan Pulau Pinang serta Perai. - NSTP/FOTO HIASAN.





BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Persekutuan diminta memberi perhatian dengan meluluskan segera pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua berikutan keadaan aliran trafik sesak yang semakin mendesak.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kebanyakan laluan antara dua kawasan itu kini sudah tidak lagi mampu menampung bilangan trafik hingga menyebabkan kesesakan, berpunca konflik laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Juru-Sungai Dua) dan Jambatan Pulau Pinang serta Perai.

"Kita telah mengenalpasti akar umbi kesesakan adalah dari konflik laluan antara Lebuhraya Utara Selatan menghala utara dengan dengan trafik yang keluar dari bahagian pulau melalui Jambatan Pulau Pinang.

"Konflik ini telah memberi impak besar kepada sistem rangkaian jalan yang menyebabkan penguraian trafik berada tidak dalam tahap yang sempurna," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Batu Kawan di Juru, di sini hari ini.



Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow menyerahkan angpau kepada tetamu Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Batu Kawan di Auto City Juru, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD






Beliau mengulas sama ada kerajaan Pulau Pinang akan meminta Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua.

Katanya, beliau telah membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laluan Juru-Sungai Dua dalam lawatan kerja di Pulau Pinang semalam bagi memberi gambaran sebenar kesesakan yang berlaku.

"Apa yang boleh dikatakan, lalu sahaja di mana-mana sekalipun tetap 'jammed' (sesak) sana sini, sebab itu (projek lebuhraya bertingkat) menjadi satu keadaan mendesak di Seberang Perai.

"Terkini, kita dalam perbincangan dengan kementerian (Kementerian Kerja Raya). PLUS dan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) juga memaklumkan mereka sedang meneliti cara untuk menyelesaikan masalah ini.

"Bagaimanapun, kita (kerajaan negeri) akan meneruskan usaha ini sehingga penyelesaian untuk menangani kesesakan dapat diatasi," katanya.

Sementara itu, Kon Yeow merakamkan penghargaan terhadap Perdana Menteri yang menjadi pemudahcara dalam mempercepatkan Projek Air Perak-Pulau Pinang.

"Saya menganggap perkara ini berita paling baik kerana selepas beberapa siri rundingan serta perbincangan membabitkan pelbagai pihak dari pelbagai peringkat, akhirnya projek ini akan dapat segera dilaksanakan.

"Kita bukan mahu lihat Pulau Pinang sahaja maju disebabkan pembangunan ekonomi dan industri yang kita miliki, namun ia juga dapat bawa impak yang positif kepada Kedah dan Perak, khususnya kawasan Perak utara yang masih memerlukan penubuhan estet-estet perindustrian.

"Selain itu, projek ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Perak, sekali gus menggalakkan pembangunan di keseluruhan wilayah utara Semenanjung ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.304524 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list