|
Pemain tengah Al-Shabab, Ivan Rakitic (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Yannick Carrasco ketika menentang Damac pada aksi Liga Pro Saudi awal pagi tadi. – Foto X Roshn Saudi League
RIYADH: Pemain tengah Al-Shabab, Ivan Rakitic menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bagi memastikan kemenangan 1-0 ke atas Damac yang beraksi 10 pemain dalam Liga Pro Saudi awal pagi tadi.
Rakitic, bekas pemain kebangsaan Croatia yang berpindah dari Sevilla bulan lalu, merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-82.
Damac beraksi 10 pemain apabila Sanusi Hawsawi dibuang padang kerana dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-67.
Al-Shabab kekal di tangga ke-10 liga itu dengan 24 mata daripada 20 perlawwanan, manakala Damac di tangga keenam dengan 30 mata.
Rakitic yang berusia 35 tahun, meraih lebih 100 caps dari 2007-2019, membantu Croatia muncul naib juara pada Piala Dunia 2018.
Dia pernah beraksi dengan kelab gergasi Barcelona dan membuat 200 penampilan dari 2014 hingga 2020. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... inar-buat-al-shabab |
|