Pegawai dan anggota polis melakukan pemeriksaan dalam sebuah kereta dinaiki suspek yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di jalan raya Bukit Kechik, Napoh, petang tadi. NSTP/Zuliaty Zulkiffli
JITRA: Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di kawasan jalan raya Bukit Kechik, Napoh, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek ditemui mati di tempat duduk pemandu hadapan kereta Proton Saga dalam keadaan berlumuran darah.
Kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota polis yang ketika itu melakukan rondaan Op Laras di lokasi kejadian.
Suspek ketika itu bersenjatakan sepucuk pistol.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh yang berada di lokasi bersama Timbalannya, Senior Asisten Komisioner Adzli Abu Shah melakukan tinjauan di lokasi dan dijangka mengadakan sidang media sebentar nanti.