CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12431|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi

[Copy link]
Post time 16-2-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi

16 Februari 2024 04:44pm



Fahmi (kiri) berbual dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Azhar Arshad (kanan) ketika menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit dan Kenduri Rakyat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat. Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan yakin inisiatif antaranya menerusi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mampu menjana pendapatan komuniti terutama di luar bandar dan akan dapat menoktahkan kemiskinan dalam kalangan masyarakat.



Beliau berkata, PEDi, yang pada mulanya menawarkan akses Internet secara kolektif di kawasan luar bandar terutama bagi golongan kurang berkemampuan, kini telah berevolusi sebagai pusat sehenti yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.
"Setiap PEDi dilengkapi capaian Internet serta menawarkan latihan teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan digital serta e-pembelajaran bagi manfaat komuniti setempat khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, golongan belia dan pelajar,” katanya.


Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Politeknik Seberang Perai di sini pada Jumaat.

Beliau mengajak golongan belia untuk turut meneroka peluang lain yang tersedia meskipun ramai dalam kalangan anak muda berharap memperoleh pekerjaan berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

"Apabila bercakap tentang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), penekanan utama ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu melalui penguasaan kemahiran teknikal yang bersifat amali atau praktikal.

"Antara penguasaan bidang kemahiran TVET ialah pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan servis diagnostik kenderaan ringan, penyediaan dan pembuatan makanan serta rekaan grafik,” katanya.




Justeru, Fahmi berkata, pelajar TVET sebenarnya cukup bertuah kerana menguasai kemahiran teknikal yang bukan sahaja mampu diolah menjadi perniagaan dalam bentuk perkhidmatan dan produk malah ia akan membolehkan golongan belia sendiri menjadi majikan.

Beliau berkata, melalui pelbagai latihan keusahawanan yang komprehensif dan galakan untuk golongan belia menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan dalam talian, mereka berpeluang menjalankan operasi perniagaan dalam komuniti masing-masing tanpa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.


Fahmi juga berkata, liputan 4G di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang telah mencapai 99.88 peratus manakala peratusan liputan 5G mencatatkan 90.3 peratus.

"Menerusi projek Jendela (Jalinan Digital Negara), 120 struktur pemancar baharu, 2,106 naik taraf stesen pemancar (4G/LTE) dan 308,072 ketersediaan sambungan gentian optik (premis) telah berjaya disiapkan,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list