CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5373|Reply: 0

[Pulau Pinang] Orang ramai serbu Jualan Termurah Madani

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai serbu Jualan Termurah Madani

16 Februari 2024 11:24am



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Program Jualan Termurah Madani di Lembah Makanan, Bandar Perda pada Jumaat. Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di sini, sejak awal pagi, kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah terutama Beras Putih Malaysia Madani pada Jualan Termurah Madani pada Jumaat.

Kebanyakan mereka juga menyifatkan inisiatif Jualan Termurah Madani banyak memberi manfaat kepada rakyat bagi meringankan beban dalam menangani isu kos sara hidup.



Program berkenaan memfokuskan kepada penawaran produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.

Pekerja kilang Mohd Syukran Rahmad, 50, berkata, dia datang seawal 7.30 pagi untuk mendapatkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.



"Saya datang dengan isteri dan kami dapat beli dua kampit beras, dapatlah bertahan selama sebulan dan kami turut beli beberapa barang keperluan lain seperti gula, tepung gandum, minyak peket, ayam dan ikan pada harga murah berbanding pasaran.

"Saya dan isteri selalunya memang akan pergi beli barang keperluan di Jualan Madani atau Jualan Rahmah yang dianjurkan di sini kerana kami dapat berjimat. Sekurang-kurangnya dapat jimat sehingga RM100 sebulan... itu dah cukup baik untuk keluarga saya," kata bapa kepada tiga anak itu kepada Bernama pada Jumaat.

Suri rumah Nurul Atikah Mohd Fauzi, 35, pula berkata, dia dapat berjimat sehingga 30 peratus dengan membeli-belah di Jualan Termurah Madani pada Jumaat dan tumpuannya adalah beras serta barangan kering untuk kegunaan harian di rumah.

Dia yang tinggal di Permatang Pauh dan mempunyai tiga anak berkata selain murah, barang-barang ditawarkan juga berkualiti malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.




"Macam harga ayam mungkin di pasar sekilo RM9 lebih tapi di sini (Jualan Termurah Madani) sekilo baru RM7.50 malah di sini juga terdapat pelbagai pilihan ikan dijual dengan harga murah berbanding jualan (ikan) di Jualan Madani atau Jualan Rahmah biasa.

"Sebenarnya, bila ada peluang jualan murah seperti ini sedikit sebanyak sangat melegakan kami golongan berpendapatan rendah ini. Puas hati dapat beli barangan keperluan hari ini termasuk barangan basah," katanya yang memaklumkan suaminya bekerja kilang di Batu kawan.



Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan tinjauan sempena program berkenaan.

Beliau menghabiskan masa kira-kira 45 minit menyantuni peniaga dan pengguna yang mengunjungi jualan tersebut.

Anwar turut melancarkan jualan Beras Putih Malaysia Madani pada majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Kebangsaan mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Pada Rabu, Syed Abu Hussin Hafiz memaklumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madaniyang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kg sekampit berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac.- Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.064789 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list