View: 6804|Reply: 0
|
Alexander-Arnold bakal terlepas final Piala Liga
[Copy link]
|
|
Trent Alexander-Arnold bakal terlepas lima perlawanan bersama Liverpool termasuk final Liga Piala Liga menentang Chelsea akibat kecederaan lutut. - Foto AGENSI
LIVERPOOL: Trent Alexander-Arnold bakal terlepas lima perlawanan bersama Liverpool termasuk final Liga Piala Liga menentang Chelsea akibat kecederaan lutut.
Alexander-Arnold dikeluarkan ketika rehat pada aksi menentang Burnley selepas terlepas sebahagian besar perlawanan sepanjang Januari kerana kecederaan ligamen lutut.
Walaupun tidak dinyatakan bila pemain 25 tahun itu akan kembali cergas, aksi final Piala Liga di Wembley pada 25 Februari ini terlalu awal buat Alexander-Arnold.
Pertembungan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City pada 10 Mac dilihat sasaran lebih realistik untuk kepulangan Alexander-Arnold, dengan derbi Merseyside bertemu Everton menyusul pada hujung minggu berikutnya.
Pengendali England, Jurgen Klopp turut kehilangan khidmat Joel Matip untuk aksi final nanti manakala tahap kecergasan Dominik Szoboszlai dan Thiago Alcantara juga menimbulkan kerisauan pengendali itu.
Conor Bradley dan Joe Gomez akan bersaing merebut posisi bek kanan Alexander-Arnold untuk aksi Liga Perdana Inggeris di Brentford pada Sabtu, manakala Mohamed Salah kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan.
Selepas kunjungan ke Brentford, Liverpool akan bertemu Luton di Anfield sebelum pertembungan final di Wembley.
Southampton pula akan bertandang di Anfield untuk pusingan kelima Piala FA akhir bulan ini dan Liverpool memulakan saingan bulan depan di Nottingham Forest. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... as-final-piala-liga |
|
|
|
|
|
|
| |
|