CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6541|Reply: 0

[Kedah] 'Terima kasih bantu, saya terharu'

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Nur Aulia (kanan) menyuapkan minuman kepada ibunya, Nurul Naajua yang menghidap kanser ovari. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Pendang: "Syukur Alhamdulillah, ramai yang membantu menghulurkan sumbangan malah ada yang datang ke rumah kami di Batu Menunggul di sini untuk berziarah sejak kisah saya disiarkan akhbar ini, semalam," kata Nurul Naajua Zulkeply, 30.

Nurul Naajua yang juga pesakit kanser ovari berkata, setakat ini jumlah sumbangan yang diterima daripada pembaca akhbar ini mencecah lebih RM7,000 dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas kisahnya disiarkan, semalam.

Katanya, sebahagian besar wang itu akan disimpan untuk menampung kos rawatannya di hospital manakala sebahagian lagi digunakan untuk persekolahan anaknya, Nur Aulia Imani Mohamad Sharifuddin, 9, serta Ainur Delisha, 5.

"Saya terharu menerima sumbangan yang diberikan termasuk mereka yang memberi sumbangan ketika ziarah di rumah kerana sebelum ini kami sekeluarga hanya bergantung pada suami (Mohamad Sharifuddin Zainol, 41) yang hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan harian tidak tetap.



"Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Cancer Survivors Malaysia (CSM) iaitu Pengerusinya, Zuraini Kamal kerana sudi membantu kami sekeluarga menghulurkan sumbangan selain sokongan moral kepada saya untuk meneruskan rawatan.

"Selain itu, ramai yang datang ziarah turut memberi kata-kata semangat untuk saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang sanggup menjaga ibunya yang menghidap kanser ovari yang dihidapinya sejak awal Januari lalu.

Keadaan itu bermula apabila perut Nurul Naajua membuncit seakan wanita hamil dan sudah pun membuang cecair di perutnya pada 8 Januari lalu dan 6 Februari lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Mereka sekeluarga menetap di rumah bapa Nurul Naajua, Zulkeply Abu Hassan, 72, di Batu Menunggul, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bantu-saya-terharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052831 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list