|
Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (kiri) sering disamakan dengan legenda Perancis, Thierry Henry (kanan). - Foto AGENSI
LONDON: Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dilaporkan sedia menyertai Arsenal hanya kerana seorang pemain.
Mbappe dikatakan terbuka untuk menandatangani kontrak di Emirates tetapi The Gunners yang belum bersedia untuk mengubah strategi kewangan mereka bagi menyempurnakan perpindahan itu.
Situasi sama dihadapi Liverpool, yang tidak membuat sebarang tawaran kepada bintang Perancis itu ketika dihubungi ejen Mbappe tahun lalu.
Masa depan Mbappe masih menjadi tanda tanya selepas kontraknya bersama PSG akan berakhir Jun ini.
Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, namun masih belum mendapat kata sepakat berkenaan harga perpindahan.
Mbappe sedia menyertai Arsenal kerana mahu mengikut jejak legenda Perancis, Thierry Henry.
Henry meledak 228 gol untuk menjadi penjaring terbanyak kelab dan membarisi skuad Arsenal ketika memenangi Liga Perdana Inggeris 2003-2004 tanpa tewas sebarang perlawanan.
Mbappe sering disamakan dengan Henry sepanjang kariernya, dengan kedua-dua pemain memulakan karier senior mereka di Monaco.
Ketika di PSG, Mbappe meledak 242 gol dalam 289 perlawanan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ak-henry-di-arsenal |
|