Akibat kejadian, katanya, kereta dipandu suaminya terbabas lalu melanggar sebuah kereta lain.
Katanya, dia kemudian memeluk anaknya dengan kuat dan membawanya keluar sebaik kereta berhenti.
"Ketika itu suami sudah tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebelum disahkan sudah meninggal dunia.
"Saya hanya mengalami luka pada tangan, manakala anak serta kakak dan anak saudara tidak cedera," katanya.
Dalam pada itu, katanya, arwah suaminya ada menunjukkan perubahan apabila kerap menyebut dia akan pergi dulu dan mungkin tidak akan dapat lagi berbual dengan saudara mara nanti.
"Dia banyak kali cakap selepas ini tak boleh dah nak sembang dengan adik beradik dan saya tegur dia kenapa cakap macam itu, namun arwah hanya mendiamkan diri.
"Saya fikir arwah hanya bergurau, namun hari ini ternyata arwah pergi dahulu meninggalkan saya dan anak," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebatang dahan pokok patah akibat terbakar dan jatuh melintang di hadapan kereta terbabit menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak.
"Akibat kejadian itu, Proton Saga terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan Perodua Myvi," katanya.