View: 7496|Reply: 0
|
EPL: Brighton kembali pamer karakter
[Copy link]
|
|
BRIGHTON bangkit daripada kekalahan mengejut kepada Luton untuk membenam Palace pada aksi kelmarin. - AFP
BRIGHTON – Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya selepas membelasah Crystal Palace 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex malam kelmarin.
Kemenangan itu pastinya memberi kelegaan kepada skuad Seagulls memandangkan sebelum ini mereka mengalami kekalahan mengejut ketika dibelasah 0-4 oleh Luton Town penghujung bulan lalu.
Pada perlawanan kelmarin, Brighton dilihat berjaya menampilkan aksi sebenar mereka apabila menjaringkan empat gol menerusi Lewis Dunk, Jack Hinshelwood, Facundo Buonanotte dan Joao Pedro manakala gol Palace dijaringkan Jean-Philippe Mateta.
“Kami bermain sangat baik hari ini (kelmarin) dan saya bangga dengan aksi ditampilkan semua pemain. Secara jujur, kami berdepan situasi cukup sukar selepas menentang Luton, tetapi hari ini (kelmarin) Brighton tampilkan aksi sebenar.
“Selepas kekalahan kepada Luton, saya menaruh keyakinan kami mampu menunjukkan respons seperti ini. Saya kenal pemain-pemain saya dan mereka tidak boleh menerima kekalahan dalam aksi terdahulu,” kata De Zerbi.
Pengendali dari Itali itu turut menyuarakan rasa puas hati terhadap aksi yang ditampilkan barisan pemainnya apabila bijak mengambil kesempatan untuk melakukan serangan ke arah pintu gol Palace. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ali-pamer-karakter/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|