View: 13660|Reply: 0
|
Piala Asia: Magis Korea Selatan terserlah
[Copy link]
|
|
KOREA Selatan mengesahkan tempat di suku akhir untuk bertemu Australia selepas menewaskan Arab Saudi awal pagi semalam. - AFP
DOHA – Korea Selatan mula mempamerkan magis ketika mencipta kebangkitan luar biasa untuk mengesahkan tempat ke suku akhir dengan menyingkirkan Arab Saudi menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan 16 di Stadium Education City awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, Arab Saudi seakan hampir pasti untuk mara hasil jaringan Abdullah Radif, namun usaha keras dilakukan Taegeuk Warriors menyaksikan mereka memperoleh jaringan penyamaan menerusi Cho Gue-sung untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-Woo yang bolos tiga kali ketika bertemu Malaysia juga bangkit daripada kekecewaan untuk bertindak cemerlang menafikan dua sepakan penalti Arab Saudi oleh Sami Al-Najei dan Abdulrahman Ghareeb untuk kemenangan 4-2.
“Saya ada keyakinan untuk menyelamatkan pasukan dan sudah pasti saya gembira untuk membawa Korea Selatan ke pusingan seterusnya,” kata Hyeon-Woo.
Di suku akhir, Korea Selatan dijadualkan bertemu Australia yang layak selepas menyingkirkan wakil Asia Tenggara, Indonesia 4-0 dan hanya mempunyai tempoh kira-kira dua hari untuk melakukan pemulihan.
Pengendali Korea Selatan, Juergen Klinsmann menjelaskan aksi dengan Arab Saudi menjadi bukti jelas menafikan dakwaan mengatakan Taegeuk Warriors sengaja menamatkan aksi Kumpulan E di tempat kedua bagi mengelak bertemu Jepun.
“Kami gagal memenangi aksi kumpulan dan kini kami terpaksa membayar harganya. Kami cuba elak daripada penentuan penalti, namun sudah pasti kemenangan ini memberikan semangat kepada pasukan untuk berdepan cabaran selepas ini,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -selatan-terserlah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|