|
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan pemantauan di Kedai Lama, Rantau Panjang susulan limpahan air Sungai Golok di kawasan itu semalam. FOTO APM
KOTA BHARU – Hanya 43 orang mangsa di Tanah Merah masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 65 orang daripada 108 mangsa pada petang semalam.
Menurutnya, kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu, Tanah Merah.
“Mangsa yang terlibat terdiri daripada 30 dewasa dan 13 kanak-kanak,” katanya.
Menurut kenyataan itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi tahap bahaya, namun ia menunjukkan penurunan.
Katanya, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula melepasi tahap berjaga-jaga manakala sungai-sungai lain di Kelantan mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pps-di-tanah-merah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|