View: 11498|Reply: 0
|
Piala Asia: Keajaiban Tajikistan tempa sejarah
[Copy link]
|
|
KHAMROKULOV (kanan) meraikan jaringannya yang memastikan Tajikistan berjaya meraih tiga mata ke atas Lebanon di Stadium Jassim bin Hamad malam kelmarin. – AFP
DOHA – Tajikistan melakar sejarah tersendiri apabila mengesahkan tiket ke peringkat 16 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Jassim bin Hamad malam kelmarin meskipun ini adalah penyertaan pertama negara itu dalam sejarah Piala Asia.
Pengendali Tajikistan, Petar Segrt mengakui, apa yang sedang dijalani oleh anak-anak buahnya pada kejohanan bola sepak terbesar benua Asia itu boleh dikatakan seperti mimpi menjadi kenyataan.
“Saya gembira kami dapat kekal untuk tempoh lebih lama di sini. Tidak keterlaluan untuk saya katakan apa yang kamiharungi cukup sukar kerana bukan mudah untuk layak ke Piala Asia buat kali pertama.
“Momentum tersebut diteruskan apabila pasukan mencipta kejutan untuk lolos ke pusingan kalah mati dan ini adalah kejayaan terbesar bola sepak Tajikistan,” kata Segrt yang membantu pasukan No.106 itu muncul juara Pestabola Merdeka tahun lalu.
Tajikistan meraih tiga mata menerusi Parvizdzhon Umarbayev dan Nuriddin Khamrokulov untuk mengesahkan naib juara Kumpulan A di belakang Qatar yang menang 1-0 ke atas China malam kelmarin.
Sementara itu, pengendali China, Aleksandar Jankovic mengakui, pasukannya terpaksa menghitung nasib untuk mara ke kelompok 16 terbaik selepas hanya mengutip dua mata daripada tiga aksi tanpa menjaringkan sebarang gol.
“Saya tidak tahu di mana kesilapannya. Kini, nasib tidak lagi berada di tangan pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... stan-tempa-sejarah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|