CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37155|Reply: 0

[Pahang] Kesabaran selama 8 tahun dibalas hadiah paling bermakna

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

NURUL Syazana mendapat perhatian selepas berkongsi video kisahnya bersama suami menanti anak sulung meraih 2.4 juta tontonan. FOTO ihsan Nurul Syazana Mohd Junaidi

Jerantut: "Menunggu kehadiran anak pertama dalam tempoh lapan tahun perkahwinan mungkin bukan jangka masa yang terlalu lama seperti orang lain yang ada antaranya menunggu sehingga berbelas atau berpuluh tahun.

"Namun ia mengajar saya perkara sama iaitu sabar dan reda tetapi tak sangka keikhlasan itu dibalas dengan hadiah paling bermakna apabila disahkan hamil buat pertama kali," kata Nurul Syazana Mohd Junaidi.

Nurul Syazana, 30, adalah wanita yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video kisahnya bersama suami, Mohd Shakir Mustafa Maarof, 33, menanti anak sulung meraih 2.4 juta tontonan dan komen positif netizen di akaun sosial itu.

Berkongsi kisahnya, Nurul Syazana berkata, sepanjang lapan tahun pelbagai usaha sudah dilakukannya termasuk rawatan moden dan tradisional, namun rezeki tidak berpihak kepada dirinya serta suami, namun mengakui dia tidak berputus asa.



Menurutnya, sebelum ini dia disahkan mengalami masalah sindorm ovari polisistik (Pcos) dan berusaha menurunkan berat badannya sebagai usaha untuk hamil.

"Setiap pasangan berkahwin pasti mahu memiliki zuriat dan begitu juga kami tetapi aturan Allah 'tulis' rezeki kami ambil masa tetapi saya tak putus harapan.

"Orang selalu cakap dan minta kami sabar serta reda tetapi sejujurnya ia mengambil masa lama dan selepas semua usaha dilakukan tetap tidak memihak kepada kami, saya berasa betul-betul reda dan ikhlas terima aturan Allah," katanya.

Katanya, dia mengambil pendekatan untuk tidak memikirkan soal anak dan bersangka baik dengan perancangan Allah SWT kerana baginya jika sudah tertulis mereka punya rezeki anak suatu hari nanti ia pasti akan ada juga.

"Sebelum ini memang setiap bulan kita berharap tetapi hampa apabila belum ada rezeki membuatkan saya betul-betul nekad untuk tidak memikirkan soal anak

"Saya kemudiannya membuka restoran dan sibuk menguruskan perniagaan tanpa sedar rupanya saya sudah hamil dua bulan dan tak sangka penantian selama ini berakhir dengan hadiah yang tidak diduga," katanya menetap di Taman Impian, di sini.

Katanya, usia kandungannya sudah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada April ini serta mengakui perkongsian di TikTok cuma untuk berkongsi dengan pengikut dan bukannya untuk menunjukkan kehamilan itu.

"Saya berkongsi video berkenaan selepas kandungan berusia 23 minggu untuk kenangan saya sebagai pejuang 'garis dua', malah secara tak langsung ini juga untuk memberi semangat kepada rakan yang melalui saat sama.

"Alhamdulillah, komen netizen sangat positif dan bukan saja berkongsi kegembiraan itu, malah mereka turut mendoakan kami. Saya juga sebelum ini ambil semangat daripada TikTok dengan perkongsian sama dan harap ia boleh beri semangat sama kepada orang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iah-paling-bermakna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052220 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list