View: 5029|Reply: 7
|
[Jenayah]
BLM (Bangla Lives Matter) [VIDEO] Padah rakam jenayah aksi sendiri samun warga asing di Cheras, polis tahan 3 pelajar tingkatan 2 dan 3
[Copy link]
|
|
Edited by Friska at 11-1-2024 02:47 PM
Tangkap layar kegiatan samun dilakukan tiga pelajar sekolah menengah di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu
[VIDEO] Padah rakam jenayah aksi sendiri samun warga asing di Cheras, polis tahan 3 pelajar
Khamis, 11 Jan 2024
TIGA pelajar sekolah menengah ditahan polis selepas didakwa melakukan kegiatan samun berkumpulan dengan bersenjatakan pisau ke atas seorang warga asing di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, ketiga-tiga pelajar itu ditahan secara berasingan di sekitar Cheras.
"Berdasarkan siasatan, mangsa yang mengalami kerugian RM500 itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek dipercayai telah melakukan jenayah itu lebih daripada empat kali.
"Ketiga-tiga pelajar itu ditahan reman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat dan jika bersenjata hendaklah dikenakan sebat selain hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen lain jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, berdasarkan video yang diterima Astro Awani daripada sumber yang enggan dikenali, modus operandi dilakukan ketiga-tiga suspek adalah dengan memanjat bumbung rumah untuk memecah masuk kediaman warga asing.
"Mereka kemudiannya mengacukan pisau ke leher mangsa dan meminta wang sekiranya tidak mahu dicederakan.
"Salah seorang suspek juga turut merakam perbuatan mereka itu sambil memaparkan wajah mangsa dalam keadaan ketakutan dan memohon untuk dilepaskan," kata sumber berkenaan kepada Astro Awani, pada Khamis.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nengok muka pati (kalo pati lah)
Ank² sapa la ni.
Mebi waktu kicik² dulu xpenah mkn penampo makpak bila buat perangai.
Dh besar naik tocang p merompak.
Jahat & budu, package tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
memang la warga asing tu lahanat..tp lagi lahanat perangai bebudak jibake ni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak forummer cari yang marah warga asing beli gula, minyak, beras dan tepung subsidi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
xpyh susah polis nk wat keje....bodoh ye kunun hebat la dpt rompak warga asing |
|
|
|
|
|
|
|
Bisa jadi orang tua anak-anak ini rasis kayaq beberapa warga di forum ini, makanya anak jadi bejad! |
|
|
|
|
|
|
|
sekor2 bangang elok mereput dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
| |
|