CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40749|Reply: 0

[Pulau Pinang] KSM sedang jalankan siasatan lanjut kes 171 pekerja Bangladesh

[Copy link]
Post time 30-12-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode
KSM sedang jalankan siasatan lanjut kes 171 pekerja Bangladesh

30 Disember 2023 04:42pm



Steven Sim - Foto: Bernama



GEORGE TOWN - Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 171 pekerja asing dari Bangladesh yang gagal mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau telah mengarahkan agensi dalam kementeriannya untuk menjalankan siasatan segera termasuk memanggil ejen terlibat dalam pengambilan pekerja asing terbabit yang ditempatkan di Bayu Damai Teluk Ramunia, Johor.



"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian tersebut dan saya juga akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk berbincang dan menambah baik dasar berkaitan pekerja asing dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau ditemui selepas menziarahi keluarga pekerja penyelenggara lif, R Tinesh Kumar yang meninggal dunia selepas kepalanya tersepit ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan lif di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Burma pada Selasa lalu.



Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu 171 pekerja asing dari Bangladesh yang dibawa masuk oleh ejen tetapi gagal mendapatkan pekerjaan untuk mereka selepas tiga bulan berada di negara ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superentenden Hussin Zamora dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati warga asing yang memiliki dokumen pengenalan diri sah itu berjalan kaki menuju ke Balai Polis Bayu Damai, kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas.

Hussin dilaporkan berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kesemuanya telah ditahan dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Tindakan 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia di sini, menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.137738 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list