CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5402|Reply: 0

[Selangor] Polis siasat kemalangan tular babit superbike dan Honda City

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Honda City di kilometer 22, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur, Gombak, kelmarin.

GOMBAK – Polis membuka kertas siasatan berkaitan kemalangan tular membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Honda City di kilometer 22, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 12.20 tengah malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan mana-mana individu tercedera.

Katanya, penunggang motosikal jenis BMW S1000RR yang terlibat kemalangan berkenaan dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi kejadian, lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikalnya telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta yang mengubah laluan ke lorong tengah secara tiba-tiba.

“Kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun telah berhenti di tepi jalan bersama penunggang motosikal tersebut lalu tercetus pertengkaran antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, kemalangan tersebut kini disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Sazila Yusuf di talian 013-3083696 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 35 saat di aplikasi X memaparkan sebuah motosikal berkuasa tinggi terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur.

Susulan perlanggaran itu, pemandu kereta bertindak berhenti di bahu jalan sebelum bertengkar dengan penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, pertengkaran tersebut telah dihalang oleh kedua ibu bapa pemandu kereta yang turut berada dalam di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ike-dan-honda-city/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 1.342782 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list