View: 2707|Reply: 0
|
Man. United bukan pasukan ‘cap ayam’
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 28-12-2023 12:20 PM
GARNACHO berjaya meledak dua gol ketika menewaskan Villa 3-2 di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP
MANCHESTER – Kemenangan dramatik ke atas Aston Villa di Old Trafford awal pagi semalam membuktikan Manchester United tidak layak digelar pasukan ‘lemah’ dan pengurusnya, Erik Ten Hag jelas gembira dengan reaksi positif daripada para pemainnya.
Ten Hag, 53, merasakan kebangkitan di babak kedua biarpun ketinggalan dua gol sebagai bukti kualiti sebenar kemampuan The Red Devils, sekali gus menghadirkan kelegaan buat peminatnya selepas ‘dilamun’ cerita pembelian saham oleh bilionair Great Britain, Sir Jim Ratcliffe.
Pengurus dari Belanda itu menjelaskan aksi dipamerkan anak-anak buahnya adalah reaksi balas positif terutamanya selepas dipalit beberapa keputusan mengecewakan seperti tunduk 0-2 kepada West Ham United baru-baru ini.
“Kami terus yakin dan saya fikir penyokong juga berhak untuk mendapatkan kemenangan ini kerana mereka kekal di belakang kami ketika situasi sukar. Pemain begitu tabah dan mampu menunjukkan karakter diri mereka yang sebenar.
“Mereka mendapat ganjaran daripada kerja keras dan pastinya pasukan ‘biasa-biasa’ tidak mampu mengawal keadaan seperti apa yang kami lakukan ketika ini,” katanya.
Villa memastikan babak pertama menjadi milik mereka selepas memperoleh dua gol menerusi John McGinn dan Leander Dendocker.
Bagaimanapun, Alejandro Garnacho yang dipalit kecewa selepas jaringannya dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR), menyumbangkan dua gol sebelum Rasmus Hojlund memastikan kemenangan pada lewat permainan.
Ia adalah jaringan pertama Hojlund dalam kempen EPL musim ini sejak berhijrah dari Atalanta pada Julai lalu.
“Cukup penting bagi seorang penyerang dan kami tahu kemampuannya seperti apa yang dia serlahkan di Liga Juara-Juara. Sudah pasti ia akan beri lebih keyakinan kepadanya,” kata Ten Hag mengenai Hojlund. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|