View: 14052|Reply: 0
|
[Kelantan]
Banjir: 40 kawasan bergelap di Pasir Mas
[Copy link]
|
|
Suasana di beberapa buah kediaman yang digenangi air akibat cuaca hujan yang tidak menentu di Jalan Utama Pasir Mas - Rantau Panjang ketika tinjauan di Kampung Bandar Baru Paris Mas hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Jumlah kawasan bergelap di Pasir Mas meningkat kepada 40 kawasan berbanding malam tadi hanya 16 kawasan akibat banjir.
Paras air yang semakin meningkat di daerah berkenaan menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menutup bekalan elektrik untuk keselamatan.
TNB menerusi Facebook memaklumkan, setakat jam 10 pagi ini, terdapat penambahan penutupan bekalan elektrik di Pasir Mas disebabkan keadaan hujan lebat dan banjir.
"Tindakan itu dibuat oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat. Antara yang terjejas ialah Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Pengkalan Rakit, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh dan Terusan.
"Selain itu, Merbau Serongga, Serongga, Gual Pinang, Kuin Merah, Gual Nering, Kebakar, Gual Sitok dan Gual Bunut," katanya.
TNB turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air banjir.
"Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rgelap-di-pasir-mas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|