View: 9784|Reply: 0
|
Ratcliffe pemilik bersama United
[Copy link]
|
|
SIR Jim Ratcliffe. FOTO Agensi
London: Jutawan terkemuka Britain, Sir Jim Ratcliffe kini 'berkuasa' penuh dalam hal operasi Manchester United termasuklah urusan perpindahan.
Ia selepas Ratcliffe berjaya dalam pengambilalihan saham bernilai £1.3 bilion (RM7.6 bilion) yang diumumkan secara rasmi di laman sesawang rasmi United.
Menerusi pembelian itu, beliau memiliki pegangan sebanyak 25% dalam kelab terbabit sekaligus Ratcliffe bertekad untuk mengubah nasib kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
"Sebagai peminat setia kelab dan membesar di sini (Manchester) sejak sekian lama, saya gembira persetujuan pembelian saham berjaya dan ia menggembirakan saya.
"Walaupun kejayaan komersial kelab memastikan dana tersedia untuk memenangi trofi di peringkat tertinggi, potensi kelab ini tidak pernah digunakan sepenuhnya sejak kebelakangan ini.
"Kita akan membawa pengetahuan global, kepakaran dan bakat dari kumpulan INEOS Sport untuk membantu penambahbaikan kelab dan menyediakan dana khas untuk membenarkan pelaburan ke atas Old Trafford," katanya.
Ujarnya lagi, beliau bukan sahaja berhasrat untuk memastikan Red Devils kembali bersaing dalam liga domestik malah mahu 'menggegar' Eropah dan dunia.
"Kita berada di sini untuk jangka masa panjang dan menyedari cabaran dan kerja keras yang menanti di hadapan, kita akan hadapinya dengan tabah, semangat dan profesional.
"Kita berkongsi cita-cita yang jelas. Kita semua mahu Manchester United kembali berada di tempat yang sepatutnya kita berada, di kemuncak bola sepak Inggeris, Eropah dan dunia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ilik-bersama-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|