CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26210|Reply: 0

[Kelantan] OKU kudung kaki dan menghidap penyakit buah pinggang kronik berdikari cari rezeki

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Azman kehilangan kaki kanan akibat kemalangan menerima peralatan keusahawanan di bawah Program Cakna Prihatin Fabung Haji- PERKESO yang disampaikan Nora di rumahnya di Kampung Panjang, Perupok, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

BACHOK: Walaupun diuji kemalangan sehingga kudung kaki, bapa lima cahaya mata, Mohd Azman Ali, 46, tidak pernah berputus asa dalam mencari rezeki.

Mohd Azman, hilang kaki kanan akibat kemalangan ngeri ketika menjadi pemandu bas ekspres pada tahun 2018.

Bagaimanapun, dia tetap mencari nafkah keluarga dengan mengusahakan ternakan lembu dan kambing selain menjual makanan sejuk beku.

"Pada Februari lalu, saya sekali lagi diuji apabila disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap lima. Saya kini perlu mendapatkan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panjang, Perupok, di sini.



Beliau menerima lawatan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Nora Yaacob yang menyampaikan peralatan keusahawanan di bawah Program Cakna Prihatin Tabung Haji-PERKESO.

Yang hadir sama, Ketua Kewangan Tabung Haji Kelantan, Rosli Mustapai.

Nora berkata, sebelum ini Mohd Azman menerima bantuan di bawah Cawangan Return To Work PERKESO untuk membantu Orang Berinsurans (OB) kerana ditimpa kemalangan ketika bekerja.

Bantuan diberikan adalah program pemulihan dan pengurusan hilang upaya yang intensif.

"Beliau menjalani rawatan fisioterapi di rumah di bawah kemudahan Panel Perkhidmatan Rehabilitasi PERKESO dan kaki palsu percuma.

"Apabila beliau diserang sakit buah pinggang, dia tetap tak putus asa cari rezeki, jadi kami terpanggil untuk kembali bantu dia dengan alatan bagi pembuatan makanan bernilai RM5,098 untuk kelangsungan hidup dia dan keluarga," katanya.

Dalam lawatan itu, Mohd Azman menerima mesin membuat kek, pengisar dan alatan lain untuk menjalankan perniagaan pembuatan makanan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-kronik-berdikari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.210864 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list