CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14315|Reply: 0

[Terengganu] Orang terawal masuk PPS, enggan pindah dalam gelap

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Ramlah Aris, 44, (tiga kanan) bersama jirannya Abdul Razan Putih, 77, ketika di temui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sivik Wakaf Tapai. FOTO NAZDY HARUN

Marang: Pengalaman menghadapi banjir minggu lalu dan berpindah dalam gelap, menyebabkan penduduk Kampung Bukit Perpat, di sini lebih berhati-hati.

Susulan itu, apabila banjir gelombang ketiga bertandang, mereka nekad berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), semalam bagi mengelak terperangkap, sekali gus membahayakan keselamatan diri.

Ramlah Aris, 44, berkata, selepas selesai mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi di dalam rumah, dia segera menghubungi Balai Polis Wakaf Tapai untuk bantuan pindah ke PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.

"Kami lima beranak mengharung banjir sejauh 500 meter (m) bersama anggota polis yang membantu, hingga ke jalan besar.



"Alhamdulillah, kami ikut nasihat polis, pindah lebih awal kerana sukar pindah apabila hari gelap seperti banjir minggu lalu, yang mana kami pindah pada jam 3.30 pagi," katanya ketika ditemui.

Jirannya, Abdul Razan Putih, 77, berkata, pengalaman banjir gelombang kedua minggu lalu banyak mengajarnya supaya berpindah lebih awal.

"Minggu lalu saya berpindah pada jam 3 pagi dan terpaksa mengharungi banjir lebih satu meter sejauh 700m, malah ia mengambil masa dua jam untuk sampai ke jalan besar dan dibawa ke PPS.

"Kali ini, saya nekad untuk berpindah lebih awal bagi memudahkan urusan selain tidak membahayakan nyawa," katanya yang antara terawal masuk ke PPS selepas rumahnya yang berhampiran Sungai Temala banjir.

Katanya, selain limpahan air sungai, air bukit juga menyebabkan rumah mereka tenggelam dan mulai berpindah selepas didatangi polis pada 5 petang semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pindah-dalam-gelap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055286 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list